Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, September 30, 2009

N.e.w.M.e.m.b.e.r.

this time to congratulate my elder brother - fathi who just got new family member ~ his third son.
sorry no pics. selamat delivered arini.
mata sepet mcm ilham atau bulat mcm raief?
pape pun anak2 sedara aku semua cumel. (tengokla aunty um diaorang!) hahaha.. mane ade kena mengena pun!
aku tengah rajin upload gambar. so kat bawah ni gambar anak buah aku - ilham dan raief. kalau aku pandai upload video ilham nyanyi lagu sampai syurga dengan lagu coba tu dah lama aku upload. tengok gambar pun okla kan?

ni abang aku dan anak2 nya

ilham dan raeif

cumel kan??

Friday, September 25, 2009

u.s.t.a.z.

ni gambar raya amirul hakimi.
spesel untuk tontonan bestfriend aku - are-u.


cumel tak budak nih?!


mcm ustaz kan?? :)

Wednesday, September 23, 2009

a.d.m.i.t.t.e.d.

hari ni 23 september 2009 - amirul hakimi telah dimasukkan ke hospital kerana sakit asmanya. dia kene dari semalam, petang 22 hb akak aku bwk pegi hospital, doc ckp lung dia dah clear. padahal sekejap jek dia tengok anak buah aku tu. then malam tu jadi lagi. akak aku pegi emergency kat HSI - terus ke admit. paru-paru kiri dia dah kotor kene infections. kat x ray film leh nampak belah kanan tu dah kelabu. nasib baikla.. doc yang layan kimi malam tu take serious dengan sakit anak buah aku.
pagi2 - jam 7.45 abah aku dah suh aku pegi hospital amek turn jaga hakimi. parents kimi nak bawak plak aiman (adik kimi) untuk medical check up. budak tu pun kene infection juga. kesian jek. pagi aku datang kimi tido. then dalam kul 9 mcm tu dia bangun sbb doc kejut suh amek darah dan makan ubat.
jangan harap dia nak makan ubat air tu. aku pujuk pun langsung dia tak nak.
memula lembik je.. (biasela- enjin belum panas) then ligat bukan main. tak aktif mcm biasa tapi mulut tetap cot cet cot cet. mase amek darah :
um : kimi takut tak nak amek darah?
kimi : tak!
um : ee..amek darah sakit tau. doktor cucuk kat sini (aku tunjuk tangan dia yang kecik tu)
kimi : tak sakit. kimi kuat la.
um : ye ke??
kimi : ye.. kimi tak heran doktor nak amek darah kimi.
mase amek darah -aku cepat2 kuar dari bilik prosedur tu. heheh.. tell you the truth - akutakut gile ngan injection. amek darah apetah lagi. dah besar panjang mcm ni pun aku masih lagi takut. kire kimi ni jauh lagi berani dr aku la. :)
below are few pics aku sempat amek masa jaga dia :



ni belakon tido semata ok!



ni mase br lepas amek darah.
tgkla.. betapa seronoknye dia amek darah!
pape pun aku berharap budak kimi ni cepat sembuh dan tak sakit2 lagi. mmg tak smpai ati tgk dia lembik jek. kesian gak tengok mak dia risaukan dua2 anak lelaki dia ni.
so.. doakan yang terbaik untuk kimi dan aiman okeh?!
daaa..

Sunday, September 20, 2009

s.a.l.a.m.l.e.b.a.r.a.n.

sedar tak sedar dah sebulan kite berpuasa. hmm.. menarik. aku cume tertinggal sahur sekali jek. kagum juga. mungkin sbb didi menjadi pemangkin. dan bile dd tak sahur, sue plak ganti tempat dia. even bile aku outstation ke kelantan, aku still tak miss sahur. wah! kagum.
tahun ni tak beraya sakan. al maklumla.. tahun ni takde bonus raya (kerajaan sekali lagi menganaktirikan kumpulan pnp which aku still hope ade gak bonus selepas raya tahun ni). aku cume ade sehelai baju raya yang aku beli kat pkns bangi. (susah gile nak cr baju nih!) then ade sepasang kasut raya. yang lainnya banyak beli kuih raya. (tiap2 tahun akula paling excited beli kuih raya!) lain2 tu takde.
anyway.. aku terlupe plak nak menceritakan perjalanan pulang berhari raya ke johor bahru. after sahur aku tak tido. mandi, siap2kan diri, mskkan semua barang yang aku dah kemas dalam kete dan pegi isi minyak dan angin tayar. 6.30 aku dah kuar umah. lebih kurang aku berada di tol kajang dalam jam 6.50 mcm tu la. jalan rasa tenang je. masa ke arah seremban mmg banyak kete then after that dah kurang. menghampiri air keroh lebih kurang ade 4 buah kete je kat jalan raya. mata aku ngantuk tahap cipan. then aku singgah restoran jejantas air keroh dan mula melenakan diri. masa tu dalam jam 750. aku sedar2 jam dah kul 9 pagi. peh! sedap gile tido. pegi toilet cuci muka sebelum memulakan perjalanan.

start enjin kete. mati. start lagi. mati.

"kenapa plak ni" try lagi. mati. kol mila.

"awak.. kete saya tak leh start" mila lagi gelabah dr aku.
"hah?! kenapa tak leh start"
"entah. tak tahu"
"ish..mcm mane ni?"
"entah..." (itu jek ayat berkesan aku leh ckp smbil baca majalah HOT.
"awak kol plus"
"tak tahu no tepon dorang"
"kat belakang tiket ada" aku pun terus amek tiket. hah.. nasib baik ade.
"ok.. nanti pape sy kol"

aku pun kol plus. first time kol tak berjawab. mase ni br muka cuak terpancar.
kol lagi. baru dapat.

dalam aku tunggu bantuan, aku kol kakak aku. mengadu jap.
kakak aku pun cuak jugak. tapi dia berjaya menyelesaikan misteri kenapa kete aku tak leh start.
hahahaha.. sbb aku tak tutup lampu kete!
tula.. kuar umah awal sangat. lupe yang aku bukak lampu.
then aku tido aku lupe matikan lampu.
so.. thats the answer!
smbung balik baca majalah HOT.

after 10-15 minutes bantuan pun tiba. kesian abang plus tu. dahla hujan lebat.
dia jadi hero aku jap dengan men-jump-kan bateri kete aku.
taraaaa.. siap!

terima kasih bang!

"kalau nak buang air- buat skang. nanti kalau adik behentikan kete, mati enjin kete nak start balik susah sket" pesan abang tu sebelum aku blah. nasib baik aku takde terasa nak buang air.
tanpa membuang masa - jam pun dah nak 945 pagi.. aku pun meneruskan perjalanan.

bile tibe kulai - br rase nak terbuang air kecil. tapi bile aku ingat pesanan abang tu, aku terus batalkan niat suci aku. sikt jek lagi nak smpai umah. sabar ye.. (cube menyedapkan hati aku yang tak berapa sedap!)

smpai umah dalam kul 11.15 pagi. mila nyer risau tak yah cakapla. dia siap bebel aku bawak kete laju sbb sekejap je dah smpai jb. mana ade laju cuma tak pelan jek! :)

pape pun aku selamat tibe di johor bahru.dengan jayanye.

untuk kawan2 dan gengs - salam lebaran di ucapkan. minta maaf untuk ape kekurangan pun atau terlebih makan ke. tersakit hati ke terguris perasaan sengaja atau tidak. semuga anda semua enjoy holiday ni. jangan duk fikir benda2 tak patut kat ofis tu.

selamat hari raya aidil fitri!

Tuesday, September 15, 2009

g.e.l.a.p.

untuk orang yang dah lama kenal aku atau at least budak sidang aku mase DPA tahu yang aku sangat takutkan kegelapan. biase aku tido mesti at least pasang lampu. kecik pun jadila. asalkan ade lampu.
tapi after dpa - aku dah biase tido gelap, so aku takde masalah untuk tdo gelap. hmm.. at last ade gak improvement aku buat after kuar dr seksaan tu.
tapi semalam ade kejadian lucu menjadikan aku tido tepaksa bukak lampu.
cam biase aku tido lambat setelah menonton citer the nanny. (mister shieffield......)
then dalam kul 2 pagi aku terjaga.
tetibe rase takut sendiri. kenapa bilik aku gelap? ish.. nanti nampak bayang!! sape tutup lampu ni??
akhirnya dengan rase kelam kabut dan mcm nampak antu ( bln puasa um!!!) - aku cepat2 bukak lampu.
fuh! lega! nasib baik. aku tarik balik selimut. barula aku bley tido.

bile bangun rase kesian dengan diri sendiri. kau dah kenapa um? gelap pun takut!! ntah pape.
hmm.. tapi rasenya malam ni aku tetap tido bukak lampu. :)

sekian saja cerita saya.