Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, February 26, 2009

t.a.g.g.e.d.b.y.i.s.z.


1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?

My family, my friends..my loved ones

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri?

Makanan utk staf sbb dorang stayback

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?

Padang bola sepak.. hahahahah

4. Berapa lama anda rasa hubungan kamu berkekalan?

Forever...

5. Adakah anda dilamun cinta?

:)

6. Di manakah restoran terakhir kamu makan malam?

Food court RASA alamanda

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?

The notebook.. uwaaa..cumel!

8. Apakah nama penuh kamu?

Sharifah um liyana bt s md nasir

9. Kamu lebih senang dengan mak atau ayah?

Umi dan abah

10. Namakan seseorang yang kamu ingin jumpa untuk pertama kalinya dalam hidup anda?

Bart whitaker – he killed his father, his mother and his brother after the celebrations of his graduation.

11. Sebutkan lapan nama sahabat yang paling rapat dengan kamu?

Sangat terhad pilihan yang diberi!

12. Adakah kamu mencuci pakaian anda sendiri?

Yups.. tp dengan menekan mesin basuh.

13. Tempat yang paling seronok kamu mahu pegi?

Nak pegi rome. (the 7th things i have to do before i die)

14. Pelukan atau ciuman?

Pelukan. Definitely hugs.

15. Butirkan lima perkara tentang orang yang tag kamu.

- nampak sombong

- hakikatnye sengal

- dia ckp saya gemuk!

- very loving husband and father

- dia sangat tinggi!

16. Lapan perkara yang amat saya gilai.

- dvds (yg haram je)

- tv

- awal ashari

- bola sepak epl

- melayan amirul hakimi

- main piano

- mengusik mila (kdg2 mcm buli gak!)

- makan! (pttla isz ckp aku gemuk!)

17. Lapan perkataan yang sering di ucapkan.

- sengal

- bengong

- pompuan!

- baiklah!

- hello!

- umiiiiiiiiiii!

- monopous!

- perut aku mcm nak terberanak!

18. Lapan buah buku yang paling terbaru dibaca.

Ala..

the notebook (twice)

The love story (twice)

Five people i meet in heave (twice)

Diari (boleh consider as buku tak?)

19. Lapan lagu yang saya boleh dengar berulang kali.

- you look wonderful tonight

- masih cinta - kotak

- dancing in the moonlight

- bila kau tak disampingku

- generasiku

- everything i do i do it for you

- grow old with you

- candyman

20. Lapan perkara yang saya pelajari tahun lalu.

- sabar (hmm.. skang dh ilang plak pelajaran tu)

- there no one scares me other than myself

- u you want to, you just have to do it

- commitment isn’t all about you

- life is too long than what i expected.

- u never grow up. (ok..skang sy dah grow up sket ok!)

- aku memang tak leh ikut peraturan! kompem!


nak tag – mila, anbusan, eny, kiera dan syeeena

Sunday, February 22, 2009

i.j.o.

sebelum aku ngarut psl tajuk kat atas - aku nak ngarut psl ape aku baca kat blog didi. hmm.. insaf jap aku. dia selalu kuar statement mcm tu kat aku. meluahkan rasa tak puas hati dia tp first time she actually state it clear. bagus dids!


anyway berbalik pd topik - ijo. arini aku lunch dan minum petang dengan mila kat kedai nama "nasi lemak antarabangsa". last aku makan nasi lemak tu - mase final year degree, kat kg baru. ni yang aku pegi bukan kampung baru tapi kat melati utama. dekat2 ngan umah mila.
kedai dia cannnnntik sgt. bertemakan hijau dan coklat (kayu).
aku order nasi lemak sambal sotong dengan begedil.
mila order nasi lemak ayam rendang dengan begedil.


air - aku minum horlicks, mila minum asam boi.


awal2 tu air smpai lambat. so dia bagi kitaorg ais kosong dengan mintak maaf sbb air lambat sket.

after a few moments enjoy our lunch , manager (kot) datang kat kitaorang tanya , anything ok tak? terkejut aku ngan mila. just aku senyum and ckp ok. then dia pun serve other customer. aku ingat aku jek yang special dia tanya rupanya setiap customer dia yang tengah enjoy makan, dia tanya ok ke tak. aku rasa sangat bagus dia mengamalkan sikap mcm tu untuk restoran dia. dia ade inesiatif untuk tahu respond pelanggan. bagus2.

kitaorang kenyang tahap cipanla. ape tah lagi si mila. aku letak a few sotong kat pinggan dia sbb aku takkan abis makan. nasi lemak tu sedap je mcm kat kg baru. mila berleter aku asik bagi dia makan sejak smlm. heheheh... takkan aku nak membenarkan aku gemuk sensorang ye tak?? hahahha..



then after selesai bersantap kami pun blah. lepak alpha angle jap before aku antar dia balik.

sebenarnya ape aku nak highlight adalah decoration kedai tu. sangat smart dan menarik. aku ade amek a few pics below untuk korang tengok. memang cumel la.


hah.. kat belakang tu mcm best. siap ade view lagi.

Wednesday, February 18, 2009

m.a.r.a.h.


kdg2 aku ni ade masalah.
kalau aku rasa aku marah orang (even on very perfect and right reason) aku akan rase down. tak tahu kenapa tapi aku akan rasa bersalah. kalau org yang aku tak kenal - ape ade heran tapi kalau orang yang aku kenal dan aku baik, aku akan cepat rasa bersalah. kenapa ye? padahal aku ade every right reason untuk rasa marah.. bukan aku marah dia ikut suka. dan bukan aku marah dia smbil ketuk meja atau dinding. aku cuma marah dengan nada yang keras. dengan intonasi marah. bukan maki hamun ke ape. dan perasaan tu buat aku takde mood langsung petang ni. huhuhu..
semua orang mcm ni ke?

hmm... lapo la. ubat mila bagi ni.. mcm makin lapo jek. :(

Tuesday, February 17, 2009

r.e.t.r.e.a.t.

7-9 hb Februari 2009
aku ade rombongan cik kiah ke pangkor untuk retreat SKT. aku punyela malas nak pegi. bukan ape - keje belambak siut. plak tu next week nye nak ke kursus induksi (yep.. i know i'm late!). jumaat tu aku siap keje pun kul 10.30 beb. bf aku datang aritu pun siap pegi kuar makan sendiri dengan didi ngan ayol. dia just tapaukan aku makanan jek. :)
balik umah plak siapkan SKT yang perlu dipresent kat pangkor. aku dahla orang pertama kene present SKT cawangan aku. hampeh jek. last2 aku tido kul 1.30 pagi. :(

7hb Februari - aku bgn tido kul 8.30. uwaaa!bas gerak kul 7.30!!aku tengok misscall dah ade 21 miskol. ade 5 msg. mak ai! nasib baik PKS a.k.a. kawan aku noriah tunggu aku. aku tepaksala drive ke lumut. aku siap2 dalam kul 9.15 aku gerak ke ofis amek noriah. sian minah tu tunggu aku. pas isi minyak semua - aku br perasan yang aku tak beli lagi hadiah untuk exchange gift dengan kwn2 ofis. singgah alamanda jap. belikan something dr famous amos. dalam akhirnya 10.45 br kami betul2 gerak dr putrajaya ke lumut. memandangkan aku kene smpai lumut before 1 p.m. aku drive mmg redah jekla. speed trap pun aku rasa dh berbakol aku terima. :) penat siut drive. boleh sakit pinggang. especially bile dr bidor nak ke lumut. jalan kampung.penat!!! akhirnya tepat jam 2 kami smpai lumut. aku kene present jam 3 petang. tapi aku smpai pangkor jam 4.15 petang. bos pun setuju postponed presentation aku ke petang. bilik aku tak best langsung. kecik nak mampuih! tapi sbb dah smpai lambat kan aku pun mls nak argue dengan urusetia mahupun hotel tu. lepak jekla. asal ade katil dan star movies! hahahah.. malam tu aku present ok jek. sbb bos aku dalam mood nak bercuti ke. hati dia masih senang. so ok jekla. :)

8hb Februari - pagi tu ade telematch smpai kul 9.30 pagi. aku masuk sukan ape eh? ha.. lari berpasangan. hahah.. kalah pun. tapi enjoyla. aku balik bilik cepat sbb kurang sihat pagi tu. pembentangan semula jam 10.30 pagi smpai kul 1.00 tghhari. after lunch, kami dibawa jalan2 ke sekitar pangkor. kat bwh ni gambar2nya.aku teringin nak bgtahu korang ape nama tempat2 ni tapi.. hmm sumpah aku tak ingat! hahahah

masa ni jenjalan kat telok mende ntah name dia.

ni plak kat tokong.


tepi skali mamat kontrol macho bersama gadis2 cumel! :)

heheh.. kontrol ayu beb!


asal leh jek kan?
nway from left - ami, chiro, aku dan noriah


heheh.. ni tempat aku mmg tak ingat!

geng seperjalanan aku!

petang tu ade smbungan telematch. banyak melibatkan game caw. kewangan vs caw. pentadbiran. tensi jek aku sbb caw.kewangan ni ade 4 orang je lelaki - game dia plak tarik tali ngan bola tampar. last2 aku joinla biarpun aku agak bongek main kedua2 game tu. plg tak aci pentadbiran tu ade sorang wakil main tarik tali. kekuatan dia tu bersamaan dengan 2 orang. huhuh.. mcm manela nak menang! takpe2 syok. last2.. petang tu aku berendam di swimming pool dengan geng2 aku.


malam nya - ade maj. makan malam dan penyampaian hadiah. ade cabutan bertuah dan hadiah yang geng ofis bagi. aku dapat kettle dan vase. vase tu nampak moden dan sofiskated. :)


9hb februari - bersiap2 untuk pulang. ok je perjalanan balik tu tapi paaaaaling aku tak larat nak drive. plak tu aku konvoi dengan kak miya dan lili ikut jalan sabak bernam. penat siut biarpun dekat. aku hantar noriah balik, kuar makan ngan mila jap then balik umah. esoknye plak keje!!!!! lagi skali aku attach gambar kami. serunuk bergambar jek kitaorg ni.


abis kecumelan awek ni. aku plg suka gambr ni. :)

abisla kemachoan yang cube ditonjolkan :P

nila entry aku paling panjang, paaaling byk gambr. terima kasih kepada tukang supply gmbar! daaaa... :)

Monday, February 16, 2009

l.o.v.e.


"love isn't the person you can see yourself with,
its the person you can't see yourself without "

Friday, February 13, 2009

v.a.l.e.n.t.i.n.e.

as far as i remember - i never celeb valentines. (correct me if i'm wrong). it's not because belief tapi.. sbb aku rasa aritu biasa je. bunga mahal.teddy bear mahal. hahahah
tapi.. dr aku sekolah aku tak penah lupe bagi kad valentine kat seseorang. aku bagi kat dia tiap tahun and aku ckp aku akan behenti bagi if dia kawen. tapi masa kat U kitaorang dh jarang bagi kad but.. kitaorg tak penah lupe untuk wish each other. dia adalah bestfriend aku - eja. tak tahula itu sweet ke ape.. tapi its just because we so close and then we dont have a boyfriend who want to give us card on that day. (at least during that duration she didnt have one). tapi dia yang kawen dulu sebelum aku. (tensi2).
then bile 1 month before valentines - org dh stat jual kad2, bunga, coklat dalam pelbagai design package. dan kesukaan aku - baca kad valentine kat memory lane. kenapa? heheheh... sbb some of it - hmm.. a lot of card funny and sweeet. dan aku sangat suka membacanya. :)
certain org tak suka pun celeb, certain org celeb, certain org rasa valentines day annoyed them - tapi pada aku that day just different than hari biasa. hari tu seseorang yang tak romantik akan berusaha nak jadi romantik untuk pasangan dia. hari tu.. seseorang yang tak penah belanja boifren/girlfren dia mkn tempat mahal - akan pegi tempat mahal. hari tu cuma lain. dia bukan hari jadi, dia bukan hari ulang tahun. dia cuma hari yang bg kita alasan nak romantik. hahahaha.. yang bagi alasan kat kita nak tunjuk perasaan kita dari ari2 biasa.tu je.
yela.. bukan lain dr segi cinta ke sayang ke. sbb sayang dan cinta tunjuk ari2. tak semestinya 14 februari br nak tunjuk kan?? yang penting mcm mane setiap kita mentakrif hari tersebut.

dan aku mentakrifnya sebagai - hari yang lain. lain dr biasa. :)

t.a.g.g.e.d.b.y.a.n.b.u.s.a.n.


1.How old are you?

25 tahun 2 bulan 20 hari

2.Are you single?

nope.

3.At what age do you think you'll get married?

if follow my plan – hope to get married at 26 years old.but if our plan - hmmm...xtau lagi!

4.Do you think you'll marrying the person you are with now?

insya allah.

5.If not, who do you want to marry?


awal ashari!

6.Who will be your bridesmaid & bestman?

kawan aku – wani atau shu. Supaya dorang leh wat lawak bodo kat aku supaya kurang sket aku nyer nervous.

7.Do you want a garden/beach or traditional wedding?

teringin sangat wat weds kat garden. Open air. Just ade makan beradat je. Yang penting tema putih and i’m dressed like greek princess.

Kalau tak kat garden pun nak kat dewan. Small hall. Yang ade floor manager.kaler putih. (aku nak hired min atau shuk leh??)

8.Where do you plan to go on honeymoon?

hmm.. dulu plan nak bukit tinggi atau Cameron highland. Skang dah tak kisah. Yang penting off hp!

9.How many guests do you think you'll invite?

small ceremony. Means – aku nak jemput kwn terdekat jek. Tapi mcm mustahil sbb abah aku kompem dah jemput 500 orang dan readykan mknan untuk 1000 orang.


10.Will that include your exes?

hmm...hmm.. selected exes.
J

11.How many layers of cake do you want?

kek? Aku nak 1 layer jek. Sbb kalau buat bertingkat pun yang bwh skali jek leh makan.
J


12.When do you want to get married, morning or evening?

kalau boleh nak malam. Kalau wat kat taman – petang. Dalam kul 5.

Kalau wat kat dewan – 8.30 start.


13.Name the song/tune you'd like to plat at your wedding

you look wonderful tonite – eric Clapton.

Somewhere over the rainbow.

Leh tak nak jemput band kawan jadi artis jemputan??

14.Do you prefer fine dining or just normal spoon & fork?knife?

kalau mkn beradab – leh pkai tangan tak? Hahahah sbb aku takut yang lain tu seme melayang.

15.Champagne or red wine?

air lily yang mcm kat SS2 atau maurici kat pasar malam putrajaya.

16.Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?

hari2.. definitely hari2.


17.Money or household items?

money. Hmm..household.hmm..money. ala.. rambang mata!!


18.How many kids would you like to have?

minimum 2 orang. Max -4 orang. Jap.. hmm kalau ckp none mcm tak normal kan?

19.Will you record your honeymoon in DVD/CD?

video and pics bebeh!

20. Whose wedding plan would you like to know next?

dids – mila – yanti – eny- min? (bley ke kau jwb dalam komen?)

Sunday, February 8, 2009

f.r.e.e.

sejak ari sabtu aku drive dr putrajaya ke lumut. ade retreat kat pangkor.
aku kene drive sbb aku tertinggal bas. hehhe. mujur noriah tunggu aku kat ofis.
adela aku geng nak drive.
aku bentangkan SKT cawangan aku hari sabtu juga. memula petang, tapi akhirnya smpai kul 4 lbh di pangkor, dorang terus postponed ke malam. presentation aku ok. xde masalah pun.
skang ni aku tengah ade freetime sementara nak tunggu official dinner malam ni.
kul 8 malam start.
arini aku macam ade terfikir sesuatu yang ntah.. mengisi masa lapang.
tapi sudddenly rasa diri kosong. penah tak mcm tu?
maybe its just that freetime make me thought something unnecessary.

just that thought make me say - you made yourself lonely.

Thursday, February 5, 2009

h.e.c.t.i.c.

aku rasa minggu ni mmg sangat hectic.
aku rasa mcm seme keje tak leh nak setel. maybe sbb seme bende nak cepat dan minggu ni kan keje 4 hari jek.
setiap hari ade je problem. sama ada problem sendiri atau keje atau bos.
then dis weekend aku ade retreat SKT kat pangkor.
aku tak excited biarpun retreat tu combine dengan family day.
yela aku bukan bwk family pun. ala.. tak nak pun bwk family aku. huhuhuh
entahla. bukan ape. aku mcm demotivated nak pegi.
ade la internal factor yang buat aku mcm menyampah sangat nak pegi. :(
aku siap plan.. abis je aku present aku ingat nak terus blah je.
plus.. agihan aku masih tak setel. aku jadi risau bile agihan mcm haram tapi siap berjimba ramba kat pangkor.
uwaaa!!
sepanjang minggu ni ade isu kontrak nak kene setel siap bwk balik umah lagi. isu pasal aset. then next week pegi induksi khusus(yep! aku lewat!)isu psl agihan, isu pasal tender. isu pasal nak pantau projek kat state. isu2 remeh yang dibagi kat aku dr semasa ke semasa. plus.. kene siapkan SKT cawangan. rasa mcm takleh nak cope dengan tugas ni. tapi aku main gamble je buat. kesian kan?!
ade kawan aku ckp - saya nak cari waktu bile awak tak tensi.
jawapan aku - bile waktu lunch, bile waktu balik, bile bos takde!!!
waktu plg pressure aku - meeting!!!!!!!!!!!!!!
hmm... rasa penat dan tak larat je. :(

Sunday, February 1, 2009

a.n.a.k.e.m.a.k.d.a.n.g.e.m.u.k.

ari jumaat lepas - 30 Januari.. sebelum balik aku sempat melawat blog kwn aku - eny@30. aku suka bace blog eny. dia menceritakan hari2 dia lalui dengan ayat yang aku suka nak baca lagi. plus setiap cerita tu dia akan luahkan komen dia. :)
one of her post yang menarik minat aku - alahai anak omak.heheheh. aku terus teringat tentang kwn2 lelaki aku. cube nak define sama ada mereka anak omak. tapi yang eny citer tu lagi kritikal la. even nak date pun suh pompuan mintak izin kat mak dia (kritikal la lelaki zaman skang!). aku tak tahula kalau aku leh tolerate if boyfriend aku atau bakal suami aku anak omak. yups. aku faham. mak adalah tanggungjawab anak lelaki. even bile dia dah kahwin. aku definitely takkan mempersoalkan hak tu. tapi.... nak date kene mintak izin mak?! omg!!
tapi memang adela several issue mcm ni. ada yang nak kawen pun - mak dia yang tentukan kaler of wedding day. buat kat mane. buat mcm mane. baju yang bakal wife dia pkai pun still ade taste mak dia. :P pd aku.. wedding day tu hari aku nak raikan. so.. even kat umah laki aku pun aku still nak something yang memorable. definitely wedding kaler ijo bukan memorable utk aku. ckpla aku banyak cekadak ke ape ke.. tapi wedding suppose to be something both of you like even from the tiny details. hmm.. nak buat mcm mane. aku ni conservative bab wedding ni. anyway.. tu bukan main topic. main topic - anak omak. aku definitely takkan tolerate dengan anak omak. :) trust me!
second topic - gemuk. lately semua orang ckp aku gemuk.uwaaa!! pd orang yang br kenal aku tahun ni akan ckp - okla. awak tak gemuk. lagipun awak nak kurus mcm mane lagi ni. jap2 aku attach gambr yang korang leh compare um dulu dan sekarang.

masa ni bulan 1 di perak.

ni wedding adda. bulan 11.

hah.. kan betul aku ckp. gemuk dah. ade org ckp ngan aku - lelaki tak suka pun pompuan kurus sangat. tapi faktanya plak - aku nak kurus bukan sebab nak lelaki suka aku. aku nak kurus sbb bantu aku rasa konfiden dengan diri sendiri sendiri. bile org asik ckp aku gemuk - secara tak sengaja - aku sedih dan rase mcm rendah diri. :( so, start februari aku akan memula sesi diet. maybe tak extream. tapi aku tryla nak kurus sket2. :) wish me luck bebeh!