Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 30, 2009

j.a.l.a.n.j.a.l.a.n.

ok..sekarang br aku leh tarik nafas lega sebab semua meeting arini dah setel. :)
biarpun banyak isu berbangkit yang perlu ditangani segera (ayat skema!) aku still bersyukur aku dapat tarik nafas lega untuk end of the day.
anyway.. 27-29 Januari aku berada di kelantan (spt yg telah diadukan sebelum ini). bertolak kul 6.30 petang smpai lebh kurang 7.30 malam. smpai jek aku terus tuko tiket aku untuk 29hb dr kul 4.45 petang ke 8 malam sebab risau 29hb tu abis lambat. kwn aku - mr. anbu-san datang jemput aku. ronda2 jap cari hotel then akhirnya aku stay kat New Pacific Hotel. okla hotel tu. nampak mcm old school yang mewah. :P
malam tu dia bawak aku mkn nasi kerabu seperti mana yang telah dia janjikan sebelum ni. kedai kak yati ayam percik kot. staf aku pun dah pesan - nak makan nasi kerabu kene pegi kedai tu. sedap.
nampak je nasi kerabu yang menarik perhatian tu - aku tersenyum lebar. bestnye dapat makan nasi kerabu kelantan!
kitaorang tak lepak lama sbb aku pun penat gak nak lepak lelama. br smpai la katakan. tapi smpai hotel still smbung buat keje untuk aku email ke staf aku esoknya.
28hb - pegi mahkamah. dia amek aku kat hotel then ajak bfast kat luar.
aku mls nak bfast. tapi tengok dia mkn nasi kerabu mcm best jek aku pun terorder. tapi cannot go la. sbb br semalam aku mkn nasi kerabu. then aku masuk ke mahkamah. aku duk situ lebih kurang 20 minit before court decide hearing postponed until 1 April 2009.
nak balik kl ke tak nak? hmm.. tak nakla. dh alang2 aku datang kelantan ni jenjalan la.
dia amek aku kat mahkamah, bwk ke opis dia. aku lepak situ smpai lunch before dia ajak aku cabut ke pasar siti khatijah (betul ke nama dia mcm u?). aku beli baju kemeja batik dan baju batik untuk diri sendiri. cumel beb kaler dia! sekali lagi - abusan ni ajar aku melantak lagi. kali ni kat kedai nasi bungkus. nasi bungkus yang dia penah bg kat aku ms kat kuantan. sedap beb. tapi pedas gile.seriously!!
malam nye dia bwk aku pegi wakaf che yeh (seriously - ni ke ejaan dia?). hehehe.. aku ni memang suka pasar malam so tempat tu sesuaila dengan aku. sekali lagi dia ajar aku melantak ape ntah. tapi sedap siut kuih dia. keledek dan gula. aku tak ingatla ape nama dia. aku just beli gelang kaki (suka sangat!) dengan 2 helai tudung. after that kitaorg pegi kopitiam hayaki kat mane ntah. (hehehehe). lepak smbil berborak mcm2. bestla sbb untuk malam tu tak pk pasal opis pun. in fact aku tak bwk hp. selamatla jugak drpd kene marah dengan bos aku. ( dia msg aku 2 kali marah!).
29hb aku balik. last time aku datang kelantan - 2003. 2009 ni dah banyak berubah tapi much better than before. aku tak serik pun nak datang sini lagi. jalan2 tu best dan aku ada tourist guide yang sangat setia. (pingat taat setia untuk awak ok?). cume next time aku ingat nak datang bwk kete. aku nak jenjalan sendiri plak. sbb anbu-san siap ponteng keje teman aku jenjalan. kesian kat dia. heheheh.. :) thanks awak.
biarpun cuti aku kensel tapi pegi kelantan ni mcm bercuti la jugak. heheheh.. mengambil kesempatan.
takpe. sbb bley relax before masuk keje jumaat ni. aku tahu masuk keje je aku automatik akan stress. :(
okla.. daaaaa..


m.u.n.a.j.a.t.c.i.n.t.a.


"Tuhan kirimkanlah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mencintai aku
Apa adanya…"

lagu ni aku dengar masa aku kat kelantan
lirik dia sweet then mcm syahdu je.

Thursday, January 29, 2009

r.e.a.l.d.a.y.


25 Januari 2009 - aku memanfaatkan hari aku dengan dasatnye. at the same time bebangga dengan pencapaian diri sendiri dan perjuangan adik aku. :)

aku bangun se awal jam 8 (biasenya aku bangun lagi lewat dr tu bile aku kat jb) semata-mata nak cuci kereta. Heheh.. haah. Cuti kereta. Kereta kesayangan beta. :)

But then adik aku (selaku coach yang akan ajar aku teknik yg betul cuci kete) dia bangun lewat menyebabkan rancangan aku tergendala sebentar.

Tak kisahla.. sebab jam 11 kami memulakan operasi membasuh kereta. Bukan kete viva kesayangan aku je – kete abah aku sekali. Al maklumla.. kang kecik ati abah aku kalau kitaorang membiarkan kete dia tak bebasuh. Dulu masa viva ni ade kat jb (before aku dpt lesen) adik aku jaga kete aku mcm jaga awek siot! Eh salah.. macam jaga bini. Adik aku tak penah bwk pegi kedai untuk basuh. Dia akan basuh sendiri. Dia polish, vacuum and everythingla. Adik aku ni obsess sket bab kete. (bukan seme lelaki mcm tu ke?!)

So..aku pun mencuci. Mcm senang nak cuci sbb umi baru jek beli penyembur air yang mcm pili bomba tu. Kracher. Jenama dia jek aku tahu – real name for that thing? Harapan aku tau!

Mak aik pent gile. Plak tu adik aku suh aku polish skali sbb kete aku kaler putih. Buruk benar bile ade tompok2 itam. Tapi penat suit. Seriously. Mcm lari 2.4 beb!hahaha.. al maklumla adik aku suh polish seme. Akhirnya aku give up. Dan adik aku menyambung. Hahaha.. nila adik kesayangan beta. Tak sia-sia aku belikan dia short pant dengan t shirt semalamnye. (hahahahahahahah). So aku adela amek a few gambar proses pencucian dijalankan. Aku tak sempat nak amek gambar before kete di cuci. Al maklumla adik aku excited sembur air kat kete aku yang dah mcm buku lukisan dibuat dek amirul. Hahaha..

Dalam kami mencuci tu amirul pun tunjuk rajin. Ahhahahaha.. tapi lebih kepada mengganggu kitaorang. Dia excitedla dapat main sabun. Gambar dia mencuci pun aku tak dpt nak amek. tapi yg penting sangat cumel. Al maklumla, budak umor 4 tahun amek sponge then bersihkan kete aku. Cumel gile.

Abis cuci kete aku bersiap ngedet ngan member aku, fiza. Aku smpai tak ingat bile last aku jumpe dia. Masa raya? Tak jugak sbb aku tak sempat nak beraya umah dia. Entahla tapi mcm dah lama sangat tak jumpe dia. So.. adik aku antar aku pegi umah dia. Kitaorang pegi ke Jusco Bukit Indah yang baru bukak. Tak tahula berapa baru sbb aku dah lama tak melepak kat jb ni kan. Cantik. Besar. Decoration and structure macam jusco bukit tinggi klang. Cuma dia lagi kecik dr kat klang tu.

Kitaorng melantak jap kat sushi king. Sedap! Makan una don. Then ade promo California temaki – buy 1 free 1. Tapi yg sedihnya promo tu valid kat jusco bukit indah jek. tak cumel langsung!

Kejap jek dapat jenjalan. Sbb pas kul 5 tu banyak gile kedai tutup. aku rase selain dr jusco seme kedai tutup. Al maklumla.. business skang ni dikuasai kebanyakan Chinese especially kat johor. So diaorang tepaksa tutup awal. Nak makan besar. Then aku pegi giant. Giant kat tampoi tu dah renovate. Makin lawa. Aku pun pegila jengah. At least kalau orang tanya – dah tengok giant tampoi? Lehla aku jawab dengan konfidennya – dah! Cantik! Hahahahah

Yang penting aku suka balik jb dis time. Otak aku lebih relax biarpun saat aku taip ni aku sedang siapkan agihan peruntukan untuk jabatan aku. tapi tak kisahla. At least this time around, i got chance nak lepak jb. Tengok new building. New people. New trend. Aku sempat bli kain kat Tewah, Tesco. Sebenarnya nak pegi Jakel sbb Jakel JB ni lagi best dan banyak pilihan compared dengan kat KL.(trst me beb!) tapi sbb mak aku tak sihat sangat. Pegi tesco jekla. Dekat sket ngan umah aku. Dapatla beli sehelai kain yang sangat cumel!

Dis time aku balik jb – personal issue aku dah kureng. Still ade tapi at least aku leh lupe sepanjang kat jb ni. Okla balik jb kali ni.

Daaa..

p/s : akak aku , najiha dah selamat deliver baby boy. 25 Januari 2009. Tak dpt amek gambar dia lagi sbb dia tak cukup minggu. Dia kene duk dalam incubator. Dia tak berapa sihat pun. Takpe.. nanti aku post special pasal adik amirul tu kat sini. J

Saturday, January 24, 2009

t.a.k.c.u.t.i.

sebelum ni aku ada cakap yang aku akan bercuti dari 23 Januari sampai 3 Februari. actually ade sikit pembetulan. cuti aku memang dah lulus untuk tempoh tu. at least aku tahu lulus sampaila 19 Januari aritu. office mate call ckp - cik um, 28-29 cik um kene pegi mahkamah. ade hearing case untuk encik...... . Cik um kene jadi saksi!. spoilt mood la mcm ni. kompem2la aku nyer cuti 28-29 kene kensel. tensinya!!!
then bile aku balik dr kuantan - aku dapat tahu ade meeting JPKA Jabatan 30hb. guess what? i have to attend.by hook or by crook. sbb my boss outstation to Perak on dat day. that meeting shud be organized by my cawangan. takkan ketua cawangan dia takde kot!!! uwaaaaaa!! i hate this part of my job!
so kesimpulan untuk semua - aku cuma dapat cuti pada 23 Januari dan 3 Februari. since bile cuti tu sebenarnya aku di KL aku tak berapa ada mood nak bercuti sangat. so maybe 3 Januari pun kensel as well. kesian tak?! aku plan mcm2 nak buat. most of activity is shopping (mestila!). biarpun tak kedengaran menarik tapi aku ade peluang spent a looooooooooot of time with my parents and my honey bunny - amirul hakimi. uwaaaaa!!
tak cakap lagi pasal pegi mahkamah. most of you aware yang aku ni baru jugakla kat jabatan aku ni. baru tak baru pun dah setahun masuk bulan februari ni. tapi dilantik sebagai saksi perkhidmatan pegawai - aku rasa mcm tak sesuai je. aku kenal pegawai tu pun idok. penah tengok muka dia sekali jek. tetibe nak hafal buku perkhidmatan dia?! biar betul!! - seems like i don't given any choice. :(

skang ni aku sedang melepak dengan adik aku di starbuck. yep! saya tahu anti-israel product. tapi yang dekat dengan umah aku, yang ade wifi free - ni jek adeeeek! so.. sekali lagi aku takde pilihan.
bila la.. aku ade chance nak smbung belajar ni. otak aku dh sesak dengan isu2 keje ni. hahahahaha.. isu personal pun tak setel lagi.
anyway - daaaa..

o.l.d.s.t.o.r.y.


They have very short story. They meet. They became friends. They fell in love.

Because of so much time they spent together – they seems like know each other better. All the bad and good things about the. They seems inseparable.

But she had some bad history with men. The part where she left him. Her ex-boyfriend.

Now.. She open new book. New hope. New dream.

She been happy.happier I guess. She love him. So much.

Being with him and left her ex – involved a lot of sacrifices. At certain point – she almost lost everything she care about in her life. But there also times she want to give up and let him go.

Still. There she is standing. Still hang in there. With him. Forget all the memories behind.

Or actually she is the only one who forgets and left each of the memories behind.

And she never thought the memories remains in his heart or mind.

She never thought that memories actually make him didn’t trust her.

Somebody told her trust is something you have to gain. Not for free.

But.. Didn’t all the sacrifices and love she gave mean anything to him? Or at least someone told her it does mean something to him.

By the end of the process – She is the one who wounded. Not him. Not her ex.

The only thing she had left for him – love. Besides that.. she have nothing. There’s no hope and dream. Even for herself.

Old story never been old if we keep remember of it.

Old story always be the reason for new story.

Their story is very short. They meet. They become friends. They fell in love.

Wednesday, January 21, 2009

k.u.r.s.u.s.

sebelum ni aku tak penah handle kursus. in fact aku tak suke pun play main role dalam organizing any event. aku suke jadi yang smpingan tapi penting. mcm dulu.. jadi ajk kebudayaan, publisiti, mc.. etc.
tapi tetibe aku kene handle bengkel 4 hari 3 malam. sucks.
dengan cuma ade aku dan 2 orang staf aku.. semuanya dah tak sama dah. gile bangat.
peserta kursus 101 orang then hanya 3 makhluk tuhan yang handle.
perangai macam2.. tak payah ckpla.
demand bos lagi.
ade certain time tu rase sedey je. rase nak give up je.
first time handle kursus kompemla kelam kabut aku buat. tapi aku sedaya upaya cube cope dengan unexpected event. tapi mmg rasa sedih gile.
esok masuk opis. macam2 la bende lain plak jadi kat aku. kompem!!!

okla.nanti smbung ngadu.

Saturday, January 17, 2009

c.u.t.i.

arini 17.1.2009. pilihanraya kecil kuala terengganu.
agak2 sape menang?
BN nak kekalkan tempat bukan senang kan?
tapi.. kwn2 aku setuju mengatakan nampak mcm BN kalah kat kawasan ni.
aku? hehehe.. mengundi pun tak. so.. shud i give my opinion? :P

anyway.. aku bukan nak ckp pasal pilihanraya.
aku tahu ape efek pilihanraya ni kalau BN kalah.
tapi aku nak citer pasal cuti.
dengan bangganya aku memaklumkan bahawa aku bercuti dr 23 Januari - 3 Februari 2009.
orang akan tanya.. cuti kawen ke? in fact dah ramai orang tanya dah.
aku ckp.. ni cuti balas dendam kat bos.
dia bekukan cuti staf dia start 26 Disember smpai 16 Januari 2009. tapi aku bekukan cuti staf aku start november lagi. sebab mase tu pressure audit datang, dengan tutup akaun.
so.. aku berpendapat..aku dan staf aku berkelayakan dapat cuti selepas 16 Januari biarpun dia ckp sesi pembekuan cuti akan dipanjangkan lagi. lantakla.
dia bukan bertungkus lumus mcm staf dia.
in fact dia tak amek peduli pun berapa bertungkus lumus nye kami
yang dia tahu dia nak hentam aje.
so skang, tkpo dah bagi aku cuti. aku akan cuti dengan off kan hp.
biar. ckpla aku pentingkan diri.
dah 2 bulan lebih aku tak cuti balik kg.
spent mase ngan mak ayah aku.
in fact mase mak aku sakit aku tak balik pun.
so.. skang. aku ade hak nak jadi pentingkan diri sendiri. (tolongla defend aku jugak!)
tapi sebenarnya aku tak de plan pun ape nak buat cuti 10 hari ni.
aku nak ajak adik aku ngan mak aku jalan2 jekla.
pegi tangkak ke (tmpat feveret pompuan!) dengan ayer itam ke (tmpat feveret mak2)
takpun pegi desaru. ajak amirul skali.
bestnye. yg penting aku tak nak pegi tioman.
nak jalan2 jauh2 abah aku bz sket. adik aku ngan mak aku kureng sihat sket.
plus.. jalan jejauh banyak belanja. um tak byk duit pun. :)
hmm.. dah lama tak pegi air terjun!
mcm2 boleh buat cuti 10 ari ni. suka betul aku. :)

okla.. nak siapkan keje. lagipun nak pegi kuantan esok. byk bende nak prepare. daaa..

Tuesday, January 13, 2009

l.e.n.a.

aku ni kan jenis tido mati.
biasenya la.
kalau aku tido jgn harapla aku nak terjaga smpai agak2 dah terang gile bilik aku baru aku terjaga.
tapi sejak 2 menjak ni.. aku tido tak lena.
aku akan terjaga setiap beberapa jam.
ade la 3 kali aku terjaga setiap malam.
dahla skang ni asik tido kul 12.30 kdg2 kul 1 pagi..
then terbangun2 plak. tensi jek saya.
pastu aku akan terbangun lewat nak pegi keje.
aku bangun je ms jam aku bunyi tapi pastu aku tido balik.
mcm hari ni.. aku gi keje dalam kul 8.10. kul 8.35 baru aku smpai opis.
itupun sbb jem mcm haram kat umah aku tu.
huhuh..
dahla keje mcm haram.then nak tidao pun xlena
aku rase sbb aku stress la nih. huhuhu
tulun!!

Sunday, January 11, 2009

p.t.d.

ade ape ngan ptd?
heheh.. itula topik saya buat hari ini.
aku ade masalah dengan istilah tu. kenapa eh?
aku bangga jadi ptd. seriously. bukan sbb ptd tu bagus. tapi sbb aku survive dengan exam bertulis, PAC dan interview eventhough aku lulus on 2nd interview.
tapi aku ade masalah denga persepsi orang.
aku faham expectation org ramai yang ptd tu nampak berkarisma, nampak teratur, perlu nampak profesional. what if i'm none of that? tak layakkah aku jadi ptd? tak layak aku digelar ptd? dalam kerja aku profesional. maybe luaran nampak aku mcm budak2 tapi in terms of keje - aku komited. aku try sedaya upaya jaga anak buah aku. aku ade 16 orang staf bawah aku.setengah org rase sket tapi untuk gred 41 mcm aku, bertanggungjawab ke atas kewangan jabatan - it's huge!
then bile aku jadi aku org akan melontar kata-kata - awak tu ptd. awak tu bos. awak tu.. for god sake. so what kalau aku bos? kalau aku ptd? tak bolehh ke aku jadi um? yang penting aku buat keje, aku siapkan keje aku dengan sebaiknya. jgn tersinggung bile aku ckp - ade yang bangga jadi ptd, memenuhi kriteria yang disebutkan di atas - tapi keje hampeh. is that what you call yourself ptd? i dont think so!
then aku tersinggung ble org persoalkan keakraban aku dengan staf aku. even dia bukan staf aku tapi still kumpulan sokongan. jgn rapat sangat ngan staf. awak tu bos. stress aku dgr. jgn terkejut aku dgn kumpulan sokongan (yg mane aku rapat) kami berbual aku-engkau aje. bodo, sengal, bongek,bengong tu seme istilah biasa bagi kami. dgn staf aku jela tak. tapi still kami rapat. boleh gurau mcm kwn. then aku stress bile org mempersoalkan cara aku menjadi bos. realitinya.. aku jadi bos dengan cara lain dr orang lain. aku gain respect dengan cara dorang kawan aku. friends do respect each other kan. lagipun lagi mudah bekerja begitu.
itu pendapat aku la. mungkin lain org lain cara dia dia jadi bos.
cuma ape aku nak just respect cara orang tu. bkn bermaksud bile dia tak lakukan sesuatu dengan cara yang sama orang lain lakukan sesuatu korang judge dia tidak bagus. kan??its not fair.
sesi meluahkan perasaan aku telah tamat.

daaa.. :)


Thursday, January 8, 2009

c.u.m.e.l.d.a.n.l.u.c.u.

arini aku tensi.
tapi ade sesuatu bende yang cumel dan lucu berlaku.
buat aku tersenyum.

lalalalalalalalala..

p/s : utk min - harap anda tabah.

Wednesday, January 7, 2009

r.o.s.e.s.

6.January.2009.
it's yesterday.
lunch hour is nothing to me.
all i have to do.. is work.- enuff said.
but.. i got my chance to went to cafe bought 100 plus. to re-gain the energy. huhuhu..
then.. while srafting my tender contract somebody knock my door.

staff aku - " cik um, ade special delivery untuk cik um"
aku masih membatu menatap pc. malas nak tengok. sbb bebudak ni kdg2 bagi aku gula sebijik pun dia kata special delivery.
staff aku - "besday cik um ke??" aku masih tak menjawab. biarpun aku rase pelik.. tapi tahu jela. aku kalau wat keje mcm tengok tv. kusyuk.
staff aku - "cik um nak letak mane nih? cik um ni kusyuk sangat la!"
aku - " letak jek atas meja um!" balas aku acuh tak acuh. tengah try buat ayat sedap nih!
then aku dengar staf aku ajak someone masuk. so.. aku tolehla sbb ingat ade pegawai negeri nak jumpe. (3/4 dari masa keje aku adalah entertain orang!).
then.. ade mamat bertopi, pandang aku smbil tersenyum, dan dia membimbit beg plastik yang berisi bouquet of roses!!!!

terkedu aku sekejap. bunga? sape bagi aku bunga?
mamat bunga - " cik, tolong sign kat sini?" tangan aku terus cari pen. huh? mase ni plak pen takde. aku angkatla dokumen2 atas meja just nak cari pen. apehal ntah aku kalut sangat??
dalam aku cari pen ni - "sape bagi bunga ni?"
mamat bunga - "ntah. cik tengokla kad nye" hah.. jumpe pun pen.
lepas aku sign, dia letak bunga atas meja dia terus blah.
staff aku - " besday ke cik um?"
aku - "ishh takla. besday um dah lama dah!"
staff aku usik2 aku jap then dia blah. aku terus capai kad kat bunga tu.

lerr.. sape plak ni. aku rase mila. tapi.... so.. aku terus kol mila.
aku - " awak saya nak tanya soklan bodo sket leh tak?"
mila - "ape dia?"

aku - "awak ade hantar saya bunga ke?" then.. aku dgr mila gelak. slow.

aku - "betulla awak bagi!! suka sangat!!!"
hehe.. bunga tu buat aku tersenyum satu hari ni.
aku geram pun.. pandang bunga tu terus sojukkk hati aku. heheheh
gedik tak??? hahahah.. pedulik ape aku.
gedik tak gedik.
yang penting aku suka!!! suka sbb mila buat suprise!!!
sweeeeeeeeeeeeeeeeeeeeet sangat!

so.. aku letak bunga tu kat opis.
setiap kali tension - aku tengok bunga ni.. at least kurang sket rasa marah aku tu.
hehehe... rase nak tersenyum je satu hari tu!!

mila.. thank u!!
luv u!



Monday, January 5, 2009

d.a.n.c.i.n.g.i.n.t.h.e.m.o.o.n.l.i.t.e.

penah tak terasa hepppppi sangat smpai rase nak 'dancing'?
hehehe..
smbil aku taip ni aku dengar lagu dancing in the moonlite.
menandakan aku sedang hepi.
rase nak senyum jek.
biarpun untuk setengah hari ni .. takdela aku melalui dengan indahnya.
pagi2 aku dh ade problem.
tapi bile ingat sesuatu yang menggembirakan - aku automatik nak senyum je.
tetibe rase excited.
yups. excited on something. :) :) :)

anyway.. aku melawat blog kengkawan aku.
yanti tak update.
didi pun tak update.
then aku bace blog anbu-san ni.
heheh.. cumel gile. dia membentangkan bajet 2009 dia dengan penuh yakin nye.
cumel jek.

aku ade jadual Januari 2009 yang sungguh pack.
starts this weekend aku outstation smpaila raya cina. every weekend aku ngak ade di sini.
this weekend aku di kelantan.
hmm.. bile duit takde nila pegi kelantan. takde can langsung aku nak bershopping. :)

anyway.. korang akan tertanya kenapa aku gembira jek.
aku gembira sbb aku ade a lot of plans for 2009.
rase best bile ade something i can look forward to.
belum tentu jadi.. tapi bile kite ade something yang motivate kite rase hidup ni bermakna la. :)
dan kita akan berusaha nak pastikan semua kita plan tu berjaya. :)

smile.smile.and smile. umliyana.

Dancing in the moonlight
everybodys feeling warm and bright
its such a fine and natural sight
everybodys dancing in the moonlight

we like our fun and we never fight
you cant dance and stay uptight
its a supernatural delight
everybody was dancing in the moonlight

Sunday, January 4, 2009

2.0.0.9.


3 Januari 2009
Happy new year friends.
Hope 2009 will assist you in leading new life, open new book,
new style, new you
As for myself
there is sooo much i want to do in 2009
new things.. new thoughts..new environment
why i need new environment?
nothing. i just bored with this environment.
i need new one.
new hope.
new environment which can motivates me.
provides me a lot of moral support.
provide me space to myself be happy again.
happier.
maybe - what i really need is not new environment.
maybe just a new way of thinking.
see things differently.
maybe.

anyway.. first thing first.
this january - ensure i take a very long break from my work.
one week minimum.
a week without have to think any of work issue.
without ever think about ' office yang bongek'
one very reeeeeeeeeelax week.
i just need a break.

hopefully
this 2009 brings something meaningful for me.
helps me forget all the bad-stupid-uweeeek- memories.
most important -
the new hope.
hope to become
the tough um.
the independent um.
the matured um.
the enjoy um.

the more relax um.