Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, September 20, 2009

s.a.l.a.m.l.e.b.a.r.a.n.

sedar tak sedar dah sebulan kite berpuasa. hmm.. menarik. aku cume tertinggal sahur sekali jek. kagum juga. mungkin sbb didi menjadi pemangkin. dan bile dd tak sahur, sue plak ganti tempat dia. even bile aku outstation ke kelantan, aku still tak miss sahur. wah! kagum.
tahun ni tak beraya sakan. al maklumla.. tahun ni takde bonus raya (kerajaan sekali lagi menganaktirikan kumpulan pnp which aku still hope ade gak bonus selepas raya tahun ni). aku cume ade sehelai baju raya yang aku beli kat pkns bangi. (susah gile nak cr baju nih!) then ade sepasang kasut raya. yang lainnya banyak beli kuih raya. (tiap2 tahun akula paling excited beli kuih raya!) lain2 tu takde.
anyway.. aku terlupe plak nak menceritakan perjalanan pulang berhari raya ke johor bahru. after sahur aku tak tido. mandi, siap2kan diri, mskkan semua barang yang aku dah kemas dalam kete dan pegi isi minyak dan angin tayar. 6.30 aku dah kuar umah. lebih kurang aku berada di tol kajang dalam jam 6.50 mcm tu la. jalan rasa tenang je. masa ke arah seremban mmg banyak kete then after that dah kurang. menghampiri air keroh lebih kurang ade 4 buah kete je kat jalan raya. mata aku ngantuk tahap cipan. then aku singgah restoran jejantas air keroh dan mula melenakan diri. masa tu dalam jam 750. aku sedar2 jam dah kul 9 pagi. peh! sedap gile tido. pegi toilet cuci muka sebelum memulakan perjalanan.

start enjin kete. mati. start lagi. mati.

"kenapa plak ni" try lagi. mati. kol mila.

"awak.. kete saya tak leh start" mila lagi gelabah dr aku.
"hah?! kenapa tak leh start"
"entah. tak tahu"
"ish..mcm mane ni?"
"entah..." (itu jek ayat berkesan aku leh ckp smbil baca majalah HOT.
"awak kol plus"
"tak tahu no tepon dorang"
"kat belakang tiket ada" aku pun terus amek tiket. hah.. nasib baik ade.
"ok.. nanti pape sy kol"

aku pun kol plus. first time kol tak berjawab. mase ni br muka cuak terpancar.
kol lagi. baru dapat.

dalam aku tunggu bantuan, aku kol kakak aku. mengadu jap.
kakak aku pun cuak jugak. tapi dia berjaya menyelesaikan misteri kenapa kete aku tak leh start.
hahahaha.. sbb aku tak tutup lampu kete!
tula.. kuar umah awal sangat. lupe yang aku bukak lampu.
then aku tido aku lupe matikan lampu.
so.. thats the answer!
smbung balik baca majalah HOT.

after 10-15 minutes bantuan pun tiba. kesian abang plus tu. dahla hujan lebat.
dia jadi hero aku jap dengan men-jump-kan bateri kete aku.
taraaaa.. siap!

terima kasih bang!

"kalau nak buang air- buat skang. nanti kalau adik behentikan kete, mati enjin kete nak start balik susah sket" pesan abang tu sebelum aku blah. nasib baik aku takde terasa nak buang air.
tanpa membuang masa - jam pun dah nak 945 pagi.. aku pun meneruskan perjalanan.

bile tibe kulai - br rase nak terbuang air kecil. tapi bile aku ingat pesanan abang tu, aku terus batalkan niat suci aku. sikt jek lagi nak smpai umah. sabar ye.. (cube menyedapkan hati aku yang tak berapa sedap!)

smpai umah dalam kul 11.15 pagi. mila nyer risau tak yah cakapla. dia siap bebel aku bawak kete laju sbb sekejap je dah smpai jb. mana ade laju cuma tak pelan jek! :)

pape pun aku selamat tibe di johor bahru.dengan jayanye.

untuk kawan2 dan gengs - salam lebaran di ucapkan. minta maaf untuk ape kekurangan pun atau terlebih makan ke. tersakit hati ke terguris perasaan sengaja atau tidak. semuga anda semua enjoy holiday ni. jangan duk fikir benda2 tak patut kat ofis tu.

selamat hari raya aidil fitri!

No comments: