Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 13, 2009

i.n.f.l.u.e.n.c.e.s.

um liyana - manusia yang paling mudah terpengaruh, paling mudah rasa kagum, paling mudah adore someone. pendek kata - aku ni paling senang dipengaruhi.
sebagai contoh :

iklan tv - ni paling lawak. aku sangat2 la pantang tengok iklan tv. bab makan, make up, perfume, krim muka, syampu, body shower. paling aku selalu terpengaruh - syampu, krim muka dan body shower. aku akan beli dan try. then bile rasa tak best, kembali pakai yang aku pakai sebelum tu. then ade iklan brand lain - beli lagi. bile rasa tak sesuai, kembali memakai apa yang aku pkai sebelum sebelum tu. hehehe..kalau krim muka tu lagila. especially untuk krim mata. aku beli mcm2.. tapi sebab krim tu kene pakai each time before tido, aku akan selalu lupa pakai. (selalunya aku terus tido jek- takde masa nak belek muka kat cermin pun!)last2 aku sedekah kat kwn2 aku yang lebih rajin menggunakannya.

citer dalam tv - yang ini cannot helpla. especially kalau tengok citer romantik. mulala.. berangan nak mcm kat movie tu. smpai mila ajak kawen pun aku ckp tak nak. sbb aku nak dia propose mcm kat dalam tv. hmm.. mengeluh panjang boifren aku tu. dia tu dahla.. hancus bab romantik ni.. dapat plak girlfriend yang gilekan tv - masalah betulla. then lagi teruk - aku suka tengok house m.d. byk2 citer house la yang paaaaling aku ingat dan paaaaaling aku suka quote each time aku explain something kat kwn2 atau staf aku. heheh..

kawan2 - yang ini pun satu masalah. aku bukan terpengaruh dengan bad side dorang. yang itu aku sure. sbb sejak zaman sekolah aku ramai jek kwn2 jauh lagi nakal dr aku tapi.. aku tetap maintain nakal tahap 2. yang lain2 tu dah tahap 4 atau 5. heheh.. tapi aku mudah terpengaruh dan mudah dah imitate specialty seseorang (ini tak termasuk bab memasak dan menjahit ye kwan2). aku mudah terpengaruh dan try nak jadi mcm kwn2 aku yang pada aku konfiden, independent, smart, fun, certain, cantik, pandai bersolek. kalau bley semua sikap2 tu aku nak ada dalam diri aku. hehe.. but i know i cant get all the best things. nanti perfect sangat. hahahahah.. sbb tu aku ni mudah sangat rasa kagum kat orang. biarpun aku tahu bad side, tapi bile good side dia mengaburi aku - aku akan rasa kagum kat dia. hmm.. bile pk2 balik - mcm bebudak jugak aku ni. yela.. biasanya bdk kecik jek yang senang dikagumkan.hahahaha..

food presentation - ini pun masalah jugak. kalau makanan tu nampak cantik jek atau pelik aku kompem nak try. kalau orang ckp mknan tu sedap (biarpun setelah makan ia tidaklah sedap) aku akan try jugak. mcm sushi. dulu aku tak makan sushi. then one day besfren aku bawak balik sushi yang dia beli kat giant.. dia makan mcm nampak menarik. esoknya aku pegi giant kat seksyen 13 shah alam dan try beli satu jenis. then kakak kat situ cakap, adik yang unagi ni sedap. aku pun beli. next - kwn aku nani pesan beli california temaki. aku tanyala.. sedap ke? dia ckp sedap. masa dia cakap salut dengan seaweed aku rase mcm dah hilang mood nak try. tapi sbb nani kata sedap um.. kau kene try. rugi tak try. so.. aku pun belila. end up - smpai skang aku gilekan unagi dan california temaki. :)


dan memandangkan jam kul 1.20 aku mengantuk otak aku tak leh generate dah apa yang aku senang terpengaruh. rasa nak tido plak. tapi before dat nak tanya -

APE BENDA YANG KORANG MUDAH TERPENGARUH??

2 comments:

didi said...

aku mudah terpengaruh dengan makanan dan restoran2 yang aku tak pernah try.

tapi mungkin sebab nafsu makan aku besar.

kalau bab2 kawan, aku tak mudah sangat terpengaruh sebab aku biasa buat hal aku. dan tidak senang untuk di pressure. hehe.

swit@kon said...

aku mudah terpengaruh dengan FASHION! terutamanya kasut. aku banyak gak pengaruh jahat! contohnya Didi. hahaha. eh tak.

aku ni banyak gak aku terpengaruh. aku terpengaruh dengan Aussino. dua tiga cadar aku beli. ratus2 plak tu. pastu aku terpengaruh dengan tudung shawl. gila aa buat masa ni je aku dah beli 8 lai tudung shawl. paling mahal yang aritu la. RM 99 tapi 30%!