Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, July 20, 2009

h.o.s.p.i.t.a.l.

ok.. arini aku nak mengkomplen sket. hati aku membuak2 nak menceritakan kisah aku di hospital.
arini aku ade appointment dengan doc kat one of government specialist hospital. tak payahla aku mention exact name. (kenela jaga air muka hospital tu jugak)
anyway... masa pendaftaran tu agak cepatla. tak smpai 20 minit aku duduk dah entertain. fine. ok.
then.. aku kene pegi ke klinik pakar yang dah ditetapkan untuk aku last 2 weeks. mcm biasala. biarpun hospital pakar tapi still ramai. tak kisahla.
aku pegi breakfast dulu.. nyesal juga tak bawak buku the notebook aku.kalau tak bley layan noah ngan allie ni.
dari kul 10 smpai jam 11 lebih aku tunggu, barula smpai turn aku.
aku lambat sket masuk bilik doc sbb aku ke toilet. nasib baik dia tunggu gak patient dia ni.
bile aku masuk, tengok ade 2 nurse dan sorang doc dalam bilik tu. aku dah start wondering - apesal ramai plak excited nak entertain aku. tapi memikirkan kununnya nak jadi efisyen aku pun rase okla kot.
then mcm biasa - doc tu tanya sakit ape..
aku pun explain la - setiap explaination aku dia taip je kat komputer dia.
dia ckp sepatutnya aku pegi kat klinik pakar lain tapi dia sian aku dah tunggu lama, dia pun layan jela.
yang dua orang nurse tu satu depan aku, satu belakang aku duk borak2.
datang nurse satu lagi.. (kire dah ade 3 nurse) pun borak2... doc pun join jugak.
tapi dia masih menaip lagi. apa aku ckp dia taip.
then dia suh aku baring kat katil jap.. tekan2 perut aku dalam 20 saat, dia ckp ok.
then dia duduk kat seat dia ngadap komputer.
aku tengok dia bukak internet. dia bukak google.
dia google pasal penyakit aku. wikipedia!
"jap eh.. saya nak tengok ubat apa yang sesuai untuk awak"
then dalam dia tengok wikipedia.. apa yang aku boleh makan, then dia bacakan la untuk aku.
last2 dia bagi aku ubat gastrik dengan satu lagi ubat untuk sakit perut.
after that aku pun pegi farmasi.
lama gakla nak tunggu turn. plak tu kaunter farmasi kat situ sangat kecik. mcm kaunter pertanyaan kat ofis aku jek. nampak sangat sempit.
bile jumpa pharmacist tu dia explain psl ubat.
dia tanya kerap ke aku makan ubat sakit perut tu. aku ckp setiap kali sakit 2 biji.
dia tanya doc tak cakap pape? aku cakapla dia tak ckp pape pun.
dia cuma bagi ubat ni. pharmacist tu pun diam jek.
after check ubat semua aku pun blah.

ok. dis one - part nak komplen.
  • apa aku cakap semua dia taip kat komputer. - didnt show any concern! kalau setakat nak jadi typist baik tak payah jadi doc. atau lagi mudah - meh aku taip. aku taip lagi laju. i waited more than hour bukan just nak pastikan kau key in apa sakit aku.
  • nurse yang belambak beborak - biarpun ni klinik pakar at least respect patient. certain patient suka privasi. i mean - bile ramai sangat dalam bilik doc dia pun jadi tak selesa nak citer sakit dia. bubuh satu nurse pun ok jek. kat jb tu hospital sultanah aminah, satu doc satu nurse - ok jek. lembab sama jek mcm korang yang ade 2-3 nurse nih!
  • kau check perut aku - tak smpai 20 saat!! apa yang kau dapat dalam 20 saat! masa dia tekan perut aku tu aku bagitahu ade part yang sakit dia tekan. but again.. dia buat bodo.
  • ok.. kau google sakit aku dalam internet!!!! biar betul korang ni doc pakar! aku rase doc kat klinik swasta lagi meyakinkan. atau yanti lagi terer google dari korang! kalau setakat kau nak google... aku pun bley buat kat ofis. tak payah aku tunggu lama2.
  • then kau bagi ubat based dengan tekaan yang aku ni ada gastrik dan cirit birit. so.. bagi aku ubat gastrik dan ubat yang sama aku selalu beli kat farmasi dan apa yang doc lain penah prescribe kat aku. bukan ape... when klinik swasta refer aku kepada doc pakar, mean there sumthing that doc pakar can look thoroughly compared to them. but then when you do your job worst than them.. korang janganla jadi doc pakar! ubat2 tu ok kan aku buat masa tu je. bukan permanent treatment.
  • yang ni takde kene mengena dengan doc tapi pada pereka dalaman hospital atau architect yang reka hospital tu - kaunter kecik nak mampuih! if you expect hospital shud be less patient sebab tu kaunter kecik - im guess you're wrong! saiz dia mcm kaunter pertanyaan kat ofis aku tapi kau divide kepada 5 work place. sangat sempit. kaunter 1 tu dia letak sama sekali dengan kaunter pendaftaran farmasi. so.. leh imagine tak mcm mane kecik dan sempitnya kaunter tu.

pada aku kalau mentaliti doc dan nurse mcm yang aku komplen kat atas - tak kirela bapa banyak pun gomen spent utk tingkatkan kecekapan hospital - it means nothing.

mungkin aku yang naif tetapi pada aku doc adalah orang yang selfless. yang very concern kat patient dan menghargai setiap patient. berkhidmat untuk patient. tapi apa yang aku lihat tadi mcm - each patient is just an assigment. nothing more. kalau mcm tu sia2 jek belajar 7-8 tahun. entah.. maybe aku yang terlalu naif memandang doctor2. tapi setiap doctor - masa sebelum jadi doc akan cakap " saya nak jadi doktor sbb saya nak bantu orang ramai / saya nak selamatkan nyawa / touch people heart" tapi realitinya tak semua doktor buat mcm tu. pada aku keje doktor tu keje paling best. despite darah dengan semua pembedahan - keje doktor adalah keje yang sangat mempunyai human connection. keje yang kau bley rase puas dan rase gembira once kau tengok patient kau gembira, sihat. hmm.. bile pikir balik mungkin aku yang naif kot. atau aku blum jumpe lagi doc yang aku gambarkan tu.

anyway.. tamat sudah kisah komplen. sesiapa yang terasa - anggap jek ni satu kritikan untuk pembaikan di masa hadapan. sekian terima kasih.

7 comments:

Isz, Elliz n Faleeq said...

alamak... org KKM kena respond ni..
sapa org KKM sila respond..

Jwpn: aku rasa tu bkn pakar yg ko jumpa.. seriusly.. u will know by the way they address him.. hosp gomen kalau pakar dorg panggil mr, bkn doctor..

aku tatau nak ckp lebih coz aku takde situ.. but they shud have checked u much further and typical gomen mmg suka tekan2..

hope that u feel better..

swit@kon said...

babe, apa yang aku boleh suggest pada kau ialah sila layari laman web hospital berkenaan dan email komplen ko pada doktor2 di sana. and sila cc kan email ko pada Tan Sri KSN. i mean it. bukan nak poyo ke apa. tapi aduan kau ini adalah satu loncatan supaya orang lain tidak senasib dengan kau. cadangan aku je la. bukan nak memalukan sesapa tapi itulah. kita rakyat malaysia ni prihatin tak bertempat. aku rasa if ko buat aduan ni nescaya service kat hospital kerajaan dan premis2 kerajaan yang lain dapat ditambahbaik. ingat babe, a complaint is a gift!

ummphs.. said...

abg giant..
thanks utk explain tu. tapi dulu ms kat hospital serdang pun sama gak. aku rasa lah kan skang ni sejak semua guna IT kat hospital2 pakar kerajaan ni dorang lebih suke menaip kot. check up mcm zaman aku kanak2 dah berlalu kot. hmm.. so lenkali kemahiran menaip seperti typist tu perlu masuk dalam syarat2 lantikan atau resume dorang! :P

didi said...

Dia Google? Wikipedia? Seriously?

HAHAHA

Kalu aku dah confront 'doktor' tu kat situ jugak.

Gelak kuat2.

Tapi betul kau cakap um. keje doktor kau kena ada passion, empathy, sympathy and memang kerja direct dengan orang yg sakit. Kau ada peluang nak ubah hidup org tu dgn just apply apa yang kau belajar.

Ntah2 dia belakon jadi doc je kut, Um?

didi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
princess~syeena said...

um....

blog aku dah restricted tau...bagi emel address ko...aku nak add jadi reader..

ummphs.. said...

umliyana@gmail.com