Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 14, 2009

u.m.i.s.a.y.e.


baru berkesempatan nak menulis sesuatu tentang umi saya.

umi saya biase jek. dia berisi sket, rendah sket.
umi saya menjadi surirumah sejak saya kecik. dia pernah bekerja tapi xtahula sejak bile dia behenti keje.
umi saya sangat simple. dia tak tahu melawa sangat. dia tak reti demand pape yang cantik utk diri dia.
sebab perangai dia yang tak demand, umi cuma ade sket je barang kemas. itu pun arwah atuk punya, abah penah bagi 1 dan najmi bagi umi masa arijadi dia.
umi saya decent. konvensional dan tradisional. dia takdela mcm mak2 moden.
dia bergaya mcm biasa. sikap pun mcm biasa.
dia still tak suka aku pegi konsert atau aku bersikap brutal tapi dia akan layankan juga anak dia.
dia layan je kerenah anak dia sampai kami besar.
even skang, kalau dia tak setuju apa kami buat
dia akan tegur dan cuba faham.
paaaling best pasal umi bab makan. kalau dia tahu anak dia nak balik dia akan berusaha sediakan makanan yang anak dia suka. kalau sampai semua balik, dia akan sediakan semua jenis makanan ikut kesukaan anak2 dia yang balik dari KL supaya semua orang merasa air tangan dia. supaya dia be fair. paaaling best, umi akan tunggu anak2 dia sampai umah. mcm abang aku dgn akak aku suka balik tgh malam dr kl so.. pagi2 br smpai jb.
so umi akan ready tido kat hall supaya dia dengar anak dia dah smpai. dia panaskan lauk siap2 malam tu, masak nasi lebih malam tu sbb dia takut kami lapar bile sampai. dia akan siap2 hidang. soo.. kalau smpai kul 3 atau 4 pagi pun makanan dah ade atas meja. nak tak nak kene makan sbb umi bersusah payah siapkan. kalau aku balik sorang je dia akan suruh abah aku atau wafi belikan aku nasi ambang sbb dia tahu aku sangat sukakan nasi ambang. dan kalau aku nak balik kl semula dia akan tapaukan makanan yang aku suka. dan dia akan tapaukan untuk kakak aku sekali.
masa aku kat asrama, tiap2 minggu dia datang bwk makanan untuk aku. kalau abah takde kat jb mase tu dia akan mintak tolong jiran atau amek teksi untuk datang gak asrama bawakkan makanan. mase umi ngan abah pegi haji, mase tula rase rindu sangat. boleh cakap tiap2 minggu nangis rindukan dorang.
umi paaaaling suka barang perhiasan rumah atau peralatan dapur. periuk cantikla.. kuali yang berkualiti la.. perabot barula. dia tak kisah pun psl diri dia. yang penting dia tengok umah dan dapur ada kelengkapan yang dia suka.
kalau belikan umi kain untuk dia buat baju.. janganla bagi dia pilih. nanti dia pilih sesimple yang boleh atau nampak dia makin tua. so.. dia sangat suka kalau aku belikan dia kain. sbb aku suka carikan dia kain yang dia nampak muda. hehehhe...
selama 26 tahun umi jaga aku tak penah aku rase kekurangan kasih sayang. dia tunjuk rasa sayang dia dengan cara yang lain. even dia tak suka apa aku buat dia sebolehnya akan back up aku depan abah.
setiap kali salam tangan umi.. hmm.. terasa dia makin tua. dan hati mesti sayu jek.rase takut mesti ada. takut mampu ke jaga umi mcm umi jaga aku. sempat tak balas semua jasa umi aku. so aku sebolehnya akan ingatkan umi makan ubat. sbb dia ada darah tinggi. dia selalu tak sihat. dulu dia penah masuk hospital 4 hari. nasib baik aku tak keje lagi mase tu, so aku yang jaga dia kat hospital. sebenarnya aku nak keje kat jb sbb aku nak tengok umi ngan abah depan mata aku. tapi tula.. bukan sng nak mintak tukar. so, aku pastikan at least sekali sebulan aku balik jb. tengok umi kita selagi dia ada depan mata.
untuk orang lain.. aku faham semua orang sayang mak dia. tapi tak semua rajin tunjukkan kasih sayang tu. bagi duit je is meaningless. tak nak bile kehilangan baru kita terkapai.

anyway.. to all moms, happy mother'sa day!

2 comments:

Anonymous said...

huhuhu..touching nyer bace..besyukurlah klau msih pnye mak..mcm aku nih..mama abah dah tade..sayangi n jaga ler mreka...

eja said...

hmm time umi n abah ko g haji aku igt ko nangis...hihiii.....rindu la tu....nasib aku ader,waakakaka..........