Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 17, 2009

r.e.t.r.e.a.t.

7-9 hb Februari 2009
aku ade rombongan cik kiah ke pangkor untuk retreat SKT. aku punyela malas nak pegi. bukan ape - keje belambak siut. plak tu next week nye nak ke kursus induksi (yep.. i know i'm late!). jumaat tu aku siap keje pun kul 10.30 beb. bf aku datang aritu pun siap pegi kuar makan sendiri dengan didi ngan ayol. dia just tapaukan aku makanan jek. :)
balik umah plak siapkan SKT yang perlu dipresent kat pangkor. aku dahla orang pertama kene present SKT cawangan aku. hampeh jek. last2 aku tido kul 1.30 pagi. :(

7hb Februari - aku bgn tido kul 8.30. uwaaa!bas gerak kul 7.30!!aku tengok misscall dah ade 21 miskol. ade 5 msg. mak ai! nasib baik PKS a.k.a. kawan aku noriah tunggu aku. aku tepaksala drive ke lumut. aku siap2 dalam kul 9.15 aku gerak ke ofis amek noriah. sian minah tu tunggu aku. pas isi minyak semua - aku br perasan yang aku tak beli lagi hadiah untuk exchange gift dengan kwn2 ofis. singgah alamanda jap. belikan something dr famous amos. dalam akhirnya 10.45 br kami betul2 gerak dr putrajaya ke lumut. memandangkan aku kene smpai lumut before 1 p.m. aku drive mmg redah jekla. speed trap pun aku rasa dh berbakol aku terima. :) penat siut drive. boleh sakit pinggang. especially bile dr bidor nak ke lumut. jalan kampung.penat!!! akhirnya tepat jam 2 kami smpai lumut. aku kene present jam 3 petang. tapi aku smpai pangkor jam 4.15 petang. bos pun setuju postponed presentation aku ke petang. bilik aku tak best langsung. kecik nak mampuih! tapi sbb dah smpai lambat kan aku pun mls nak argue dengan urusetia mahupun hotel tu. lepak jekla. asal ade katil dan star movies! hahahah.. malam tu aku present ok jek. sbb bos aku dalam mood nak bercuti ke. hati dia masih senang. so ok jekla. :)

8hb Februari - pagi tu ade telematch smpai kul 9.30 pagi. aku masuk sukan ape eh? ha.. lari berpasangan. hahah.. kalah pun. tapi enjoyla. aku balik bilik cepat sbb kurang sihat pagi tu. pembentangan semula jam 10.30 pagi smpai kul 1.00 tghhari. after lunch, kami dibawa jalan2 ke sekitar pangkor. kat bwh ni gambar2nya.aku teringin nak bgtahu korang ape nama tempat2 ni tapi.. hmm sumpah aku tak ingat! hahahah

masa ni jenjalan kat telok mende ntah name dia.

ni plak kat tokong.


tepi skali mamat kontrol macho bersama gadis2 cumel! :)

heheh.. kontrol ayu beb!


asal leh jek kan?
nway from left - ami, chiro, aku dan noriah


heheh.. ni tempat aku mmg tak ingat!

geng seperjalanan aku!

petang tu ade smbungan telematch. banyak melibatkan game caw. kewangan vs caw. pentadbiran. tensi jek aku sbb caw.kewangan ni ade 4 orang je lelaki - game dia plak tarik tali ngan bola tampar. last2 aku joinla biarpun aku agak bongek main kedua2 game tu. plg tak aci pentadbiran tu ade sorang wakil main tarik tali. kekuatan dia tu bersamaan dengan 2 orang. huhuh.. mcm manela nak menang! takpe2 syok. last2.. petang tu aku berendam di swimming pool dengan geng2 aku.


malam nya - ade maj. makan malam dan penyampaian hadiah. ade cabutan bertuah dan hadiah yang geng ofis bagi. aku dapat kettle dan vase. vase tu nampak moden dan sofiskated. :)


9hb februari - bersiap2 untuk pulang. ok je perjalanan balik tu tapi paaaaaling aku tak larat nak drive. plak tu aku konvoi dengan kak miya dan lili ikut jalan sabak bernam. penat siut biarpun dekat. aku hantar noriah balik, kuar makan ngan mila jap then balik umah. esoknye plak keje!!!!! lagi skali aku attach gambar kami. serunuk bergambar jek kitaorg ni.


abis kecumelan awek ni. aku plg suka gambr ni. :)

abisla kemachoan yang cube ditonjolkan :P

nila entry aku paling panjang, paaaling byk gambr. terima kasih kepada tukang supply gmbar! daaaa... :)

1 comment:

swit@kon said...

gambar2 ko chomel. cam ko. hihi. ko tak rindu aku eh um. :P