Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, January 30, 2009

j.a.l.a.n.j.a.l.a.n.

ok..sekarang br aku leh tarik nafas lega sebab semua meeting arini dah setel. :)
biarpun banyak isu berbangkit yang perlu ditangani segera (ayat skema!) aku still bersyukur aku dapat tarik nafas lega untuk end of the day.
anyway.. 27-29 Januari aku berada di kelantan (spt yg telah diadukan sebelum ini). bertolak kul 6.30 petang smpai lebh kurang 7.30 malam. smpai jek aku terus tuko tiket aku untuk 29hb dr kul 4.45 petang ke 8 malam sebab risau 29hb tu abis lambat. kwn aku - mr. anbu-san datang jemput aku. ronda2 jap cari hotel then akhirnya aku stay kat New Pacific Hotel. okla hotel tu. nampak mcm old school yang mewah. :P
malam tu dia bawak aku mkn nasi kerabu seperti mana yang telah dia janjikan sebelum ni. kedai kak yati ayam percik kot. staf aku pun dah pesan - nak makan nasi kerabu kene pegi kedai tu. sedap.
nampak je nasi kerabu yang menarik perhatian tu - aku tersenyum lebar. bestnye dapat makan nasi kerabu kelantan!
kitaorang tak lepak lama sbb aku pun penat gak nak lepak lelama. br smpai la katakan. tapi smpai hotel still smbung buat keje untuk aku email ke staf aku esoknya.
28hb - pegi mahkamah. dia amek aku kat hotel then ajak bfast kat luar.
aku mls nak bfast. tapi tengok dia mkn nasi kerabu mcm best jek aku pun terorder. tapi cannot go la. sbb br semalam aku mkn nasi kerabu. then aku masuk ke mahkamah. aku duk situ lebih kurang 20 minit before court decide hearing postponed until 1 April 2009.
nak balik kl ke tak nak? hmm.. tak nakla. dh alang2 aku datang kelantan ni jenjalan la.
dia amek aku kat mahkamah, bwk ke opis dia. aku lepak situ smpai lunch before dia ajak aku cabut ke pasar siti khatijah (betul ke nama dia mcm u?). aku beli baju kemeja batik dan baju batik untuk diri sendiri. cumel beb kaler dia! sekali lagi - abusan ni ajar aku melantak lagi. kali ni kat kedai nasi bungkus. nasi bungkus yang dia penah bg kat aku ms kat kuantan. sedap beb. tapi pedas gile.seriously!!
malam nye dia bwk aku pegi wakaf che yeh (seriously - ni ke ejaan dia?). hehehe.. aku ni memang suka pasar malam so tempat tu sesuaila dengan aku. sekali lagi dia ajar aku melantak ape ntah. tapi sedap siut kuih dia. keledek dan gula. aku tak ingatla ape nama dia. aku just beli gelang kaki (suka sangat!) dengan 2 helai tudung. after that kitaorg pegi kopitiam hayaki kat mane ntah. (hehehehe). lepak smbil berborak mcm2. bestla sbb untuk malam tu tak pk pasal opis pun. in fact aku tak bwk hp. selamatla jugak drpd kene marah dengan bos aku. ( dia msg aku 2 kali marah!).
29hb aku balik. last time aku datang kelantan - 2003. 2009 ni dah banyak berubah tapi much better than before. aku tak serik pun nak datang sini lagi. jalan2 tu best dan aku ada tourist guide yang sangat setia. (pingat taat setia untuk awak ok?). cume next time aku ingat nak datang bwk kete. aku nak jenjalan sendiri plak. sbb anbu-san siap ponteng keje teman aku jenjalan. kesian kat dia. heheheh.. :) thanks awak.
biarpun cuti aku kensel tapi pegi kelantan ni mcm bercuti la jugak. heheheh.. mengambil kesempatan.
takpe. sbb bley relax before masuk keje jumaat ni. aku tahu masuk keje je aku automatik akan stress. :(
okla.. daaaaa..


No comments: