Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, January 17, 2009

c.u.t.i.

arini 17.1.2009. pilihanraya kecil kuala terengganu.
agak2 sape menang?
BN nak kekalkan tempat bukan senang kan?
tapi.. kwn2 aku setuju mengatakan nampak mcm BN kalah kat kawasan ni.
aku? hehehe.. mengundi pun tak. so.. shud i give my opinion? :P

anyway.. aku bukan nak ckp pasal pilihanraya.
aku tahu ape efek pilihanraya ni kalau BN kalah.
tapi aku nak citer pasal cuti.
dengan bangganya aku memaklumkan bahawa aku bercuti dr 23 Januari - 3 Februari 2009.
orang akan tanya.. cuti kawen ke? in fact dah ramai orang tanya dah.
aku ckp.. ni cuti balas dendam kat bos.
dia bekukan cuti staf dia start 26 Disember smpai 16 Januari 2009. tapi aku bekukan cuti staf aku start november lagi. sebab mase tu pressure audit datang, dengan tutup akaun.
so.. aku berpendapat..aku dan staf aku berkelayakan dapat cuti selepas 16 Januari biarpun dia ckp sesi pembekuan cuti akan dipanjangkan lagi. lantakla.
dia bukan bertungkus lumus mcm staf dia.
in fact dia tak amek peduli pun berapa bertungkus lumus nye kami
yang dia tahu dia nak hentam aje.
so skang, tkpo dah bagi aku cuti. aku akan cuti dengan off kan hp.
biar. ckpla aku pentingkan diri.
dah 2 bulan lebih aku tak cuti balik kg.
spent mase ngan mak ayah aku.
in fact mase mak aku sakit aku tak balik pun.
so.. skang. aku ade hak nak jadi pentingkan diri sendiri. (tolongla defend aku jugak!)
tapi sebenarnya aku tak de plan pun ape nak buat cuti 10 hari ni.
aku nak ajak adik aku ngan mak aku jalan2 jekla.
pegi tangkak ke (tmpat feveret pompuan!) dengan ayer itam ke (tmpat feveret mak2)
takpun pegi desaru. ajak amirul skali.
bestnye. yg penting aku tak nak pegi tioman.
nak jalan2 jauh2 abah aku bz sket. adik aku ngan mak aku kureng sihat sket.
plus.. jalan jejauh banyak belanja. um tak byk duit pun. :)
hmm.. dah lama tak pegi air terjun!
mcm2 boleh buat cuti 10 ari ni. suka betul aku. :)

okla.. nak siapkan keje. lagipun nak pegi kuantan esok. byk bende nak prepare. daaa..

6 comments:

Isz, Elliz n Faleeq said...

ada masanya perlu dipentingkan diri.. walhal, tanggungjawab tugas dikatakan perlu diutamakan.. hahah
apa aku membebel ni..

balik je kg tu, spend time dgn family.. dah la dah tembam, makin tembam la dok kg...!

S h i n o said...

Rsanya kalau keje lg tenbam kot,
sbbnya ialah makan tak tentu pasal dan tak tentu mase. Lama2 lemak bertimbun kat badan tanpa sempat nk dilupuskan sbb bz sgt. hehehe

ami wafa said...

haih
seronoknye dapat cuti 10 ari
aku nak cuti pon sampai bergaduh2 dgn PT.
dpt satu ari pun dah bersyukur sgt.

ummphs.. said...

ada perubahanla
cuti di-interupt dgn bende lain
27-29 aku kene gi kelantan. :(
kenela kensel cuti 3 hari.. :(

Isz, Elliz n Faleeq said...

alamak! mmg potong stim mcm tu...

ami wafa said...

aku pun sama huhu
cuti yg sehari tu pun kene kensel sbb kene attend meeting kat m*f.
tensi!