Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 25, 2008

s.e.l.a.m.a.t.h.a.r.i.r.a.y.a.

untuk kawan2 sekalian..

saya ingin mengucapkan..
SELAMAT HARI RAYA.

MINTA MAAF IF ADE SALAH SILAP YANG SENGAJA DAN TAK SENGAJA.

MINTAK HALAL APE YANG PATUT..

JEMPUTLA DATANG RUMAH.. (AKU CUTI LAME NIH!)

JUMPE LAGI NANTI!


IKHLAS : UMLIYANA.


Thursday, September 18, 2008

h.o.u.s.e.m.d.

House m.d. : citer pasal doc yang aku sangat gilekan. dia sgt cynical..prejudice.. mean.. tapi mcm mane pun aku suke watak dia. menghiburkan.
siri ni dh bape juta kali aku tengok. some episodes aku dh leh hafal dialog dia. mimik muka dia pun aku leh hafal. aritu zul dan didi teman aku tengok house season 2. br jek ayat pertama kuar dalam episod tu aku terus bagitau ending dia. tensen jek bebudak tu. zul plak kate aku mcm mamak. aku pun xtau ape kene mengena kejadian tu ngan mamak. hahahahaah...

house m.d. nak masuk season 5. kat US dah tunjuk season 5.
hmm.. tak sbr nak beli dvd dia. boleh buat collection sudah..
ending season 4 sedih.. so aku harapkan permulaan baik untuk season 5.
kat sini aku attach a few gambar pelakon dia.


nila.. house.
doctor yang kunun sgt pakar dalam hal2 diagnostic.

ni.. dr lisa cuddy.
bos house yang slalu kene buli ngan house tapi
dia byk tolong cover house.
ade one episod tu.. dia suh team dia curik thong cuddy nih!

dr wilson
satu2nya kawan house.
satu2nya manusia yang leh tahan ngan perangai house.
gf dia mati sbb house.
dia dpt jumpe gf dia sblm gf dia mati pun sbb house.

dr. foreman
dia dalam 1st team house.
plg berani lwn ckp house.
dia slalu bangkang ckp house.
slalu nak buktikan house salah.
dia resign dr jd team house.
then pegi balik kat house as org kanan dia.

dr. cameron
1st women dlm team house.
sgt baik hati tapi slalu emotionally attach dgn pesakit
buat house kdg2 meluat dgn dia.
dia slalu try cari option lain dalm cdgn house but
still follow house.


dr. chase
bapak dia doktor pakar paling berjaya.
dia bf dr. cameron.
selalu kene buli ngan house.
dia slalu ikut ckp house.
dan slalu nak buktikan yang house ni betul.
ade 1 episod yg house suh dia bukak kamus perubatan
dan bagitau dia ape sakit patient tu.
kamus tu tebal nak mampus.
by the time house dpt jwpan chase br kat huruf "D"

dr.kutner
dia dalam team baru house.
sgt lawak. penah terbakarkan pesakit.
tapi dia persistent.
dia penah kene reject dalam apprentice program house tapi
dgn selamba badak dia masuk balik.
tapi dia suka mencuba benda pelik dan baru.

dr.taub
ex-plastic surgeon.
dia serius. tapi kdg2 kene buli gak ngan house.
dia penah cheat ngan wife dia
then house slalu bangkitkan isu tu utk bangkang ckp taub.

last .. dr. thirteen.
aku smpai tak tahu nama betul dia.
dulu house bubuh nama apprentice by number.
tp 13 ni jek yang lekat smpai abis episod.
dia ade sakit huntingtons.
house tahu.
dia ni jenis selamba, leh lawan ckp house, tak amek ati ape house ckp
tak peduli ngan sekeliling.
dia secretive.
aku suke watak dia.
house plak suke tuduh dia lesbian.

hmm.. tu jekla.
serunuk tau. ade masa tengok kat AXN. every monday kul.10.
tapi rasenya kat AXN pun season dia dh abis.

okla.. nak balik.



Monday, September 15, 2008

b.e.s.d.a.y.p.a.r.t.y.&.m.o.n.d.a.y.b.l.u.e.s.

hari ni.. hari isnin. sangat buhsan.
aku gile tak bersemangat hari ini. mengantuk dr pagi. dan petang tadi aku ade meeting JPKA. first time masuk meeting. dan inilah first time aku tengok mcm mane interaksi dalam meeting tu. honestly - aku kurang selesa sbb dalam meeting tu semua level atasan. palling kurang pun.. M48. aku? ahli meeting tu tapi aku baru M41 ma! aku agak kecut perut dan tak berani bersuara. huhuh.. adelah gak aku cakap something tapi takdela semua setuju. biasela beb.. aku budak kecik lagi. huhuhuu...

jumaat celeb besday lin dan yanti.
sangat meriah. sangat full perut.
didi masak best. min bawak dessert. yanti pun bwk dessert tak jdi.
kak nana bawak roti john warisan tu smpai 3 bungkus. peh! tak larat nak abiskan.
seronok sbb dapat kumpul bersama-sama. hubby lin pun join. max yang jrg ade pun dapat join.
awal2 tu.. aku ngan ayol gigihnya menggantung belon.
didi ngan semangatnye suh semua orang pkai eye mask ngan topi.
dan kami dengan semangatnya.. kenekan ayol di atas caller ringtone nya.
caller ringtone- andai ku tahu. tapi ringtone-scandalous. (dids..betul ke aku eja?mcm salah jek!)
dan.. zul?? bawak 2 large pizza.
takleh nak ingat mcm mane kitaorg rakusnya ambik paperoni pizza tuh.
muka masing-masing tak ingat!!

hari ahad.. aku melalui hariku seorang diri.
sabtu malam lepak umah kakak aku sbb najiha datang dr jb.
tengah hari ahad br bgn tido. cepat2 balik umah equine sbb nak mandi.
singgah shell.. isi minyak.
smpai umah mandi tengok dvd.
then.. dalam kul 3.30 kuar umah pegi duplicate kunci.
cuci kete.pegi bank.
pegi lagi umah kakak aku.
berbuka kat sana.
malam - pegi jusco.
yang aku nak highlight - semua aktiviti tu aku drive sensorang!!

okeyla..nak kene balik ni.
tak tahu lagi nak bebuka kat mane.
boring bebuka ngan bazar ramadan.
ok..daaaaa..


Friday, September 12, 2008

n.e.w.j.o.b.a.n.d.n.e.w.y.a.n.t.i.

first of all.. aku nak wish :
happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to yanti..
happy birthday to you..

semuge kau selalu happy.. dapat lelaki yang baik.. dapat kwn2 yang cumel (mcm kami)..
and live happily ever after.


kenapa aku ckp new yanti??
sbb.. biasenya bile besday.. kite akan buat azam untuk improve diri kite.
so.. new yanti.. will be better yanti.


back to another story - new job.

lama dh aku tak dapat update citer kat sini sebab before this aku agak bz dengan pertukaran aku ke bhgn baru ni. banyak bende aku nak catch up dan banyak benda aku kene touch up. unit aku yang lama aku tak leh tinggalkan 100% which is bos aku still expect aku monitor bende2 yang aku serahkan pada budak baru. so aku still sibuk. tapi dis week jek aku mc 2 hari. tahu nape? aku demam dan sakit perut.
kesakitan perut aku ni serius smpai doc suh rujuk pakar. boring.. aku dh boring jumpe pakar.
tapi sbb aku tak larat gak sbb selalu sakit.. why dont i just give a try? mane tahu. after this will be better.
petang ni baru nak buat meeting berkenalan dengan semua staf.
hahah.. boring.
kat sini bukan mcm kat kementerian.
kat sini semua keje kau kene amek tahu. kau bukan jaga bajet je.. bukan jaga pembayaran je.. ko monitor semua!.. dari pegi meeting smpaila layan surat-surat.. kau jugak. semua bahagian kau kene amek tahu.bayara, pembangunan, mengurus, aset, bil-bil, pinjaman, gaji... etc.
kat sini tak se rileks ms jaga tatatertib.
kat sini memang bz.
cuma aku masih belum boleh biasakan diri bagi arahan kat staf atau penolong akauntan.
aku still tak biasa bile surat-surat kau kene suh penolong akauntan kau sediakan maklumat.
dulu.. aku buat sendiri.
dulu surat aku buat dan aku sign.
sekarang - aku sign jek.
rasa lain. rasa tak besh.

bilik aku ni dhla besar. air cond macam haram punye kuat.
boleh jadi makanan sejuk beku aku nih.

anyway.. kete viva aku dh ade kat sini.
smlm kete aku kene clamp.
first time aku betul2 marah orang dan jerkah orang.
aku marah smpai aku tak bagi can kat dia fight aku balik.
aku marah smpai dia terpaksa mengalah dengan kata-kata aku.
akhirnya aku sedar.. aku tahu marah!!!
biasenya aku marah.. aku akan diam jek. tapi ni first time aku meluahkan.
dan aku rasa lega bile dh lepaskan semua.
terus aku leh teman dorang nih makan sushi. :)
sedapla makan sushi sekali sekala. :)

hahahah... okla. daaa..

Friday, September 5, 2008

n.e.w.j.o.b.

dari tadi aku cari idea nak taip kat sini. dh bape kali aku duk taip then delete. aku mcm tak dapat cari ayat pemulaan bagi entry kali ni. so.. aku decide untuk bagitahu yang sebenar. which i've no idea what should be the beginning of my entry. entry for 5th august.

starting monday, there will be slightly change in my scope of work.
starting Monday, my post no longer ketua unit kompetensi.
starting monday, my post will be ketua cawangan kewangan.

yep! me and finance.
i hope it is a good combination.

but.. i do realize that my new post are more challenging than before.
the job itself challenging. not include pressure from boss and perception from my staff yet.
so.. I'm hoping for the best.

i'm gonna miss my current job.
i'm quite like this job.

i knew i have to prepare mentally. emotionally.
all staffs here said the bad things about finance.
but.. I'm trying to set positive mind.
yes.. i knew. all the first time are scary. new job are scary.
but...
semua kerja sama. semua kerja ade pressure tersendiri.

it's all depends on you.




Tuesday, September 2, 2008

f.r.e.a.k.i.s.h.l.y.o.n.t.h.e.r.u.n.

freakishly on the run?! whatever!
anyway.. just want to say here :
UMLIYANA GOT LICENSE!!!
SHE CAN DRIVE NOW!!
freakishly.. she on the run now!!


hmm.. lega dh bgtahu kat sini. :)