Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 29, 2008

r.e.f.l.e.k.s.i.

setiap kali hujung bulan, (selain happy gaji masuk) aku biasanya akan buat, refleksi diri. ( hmm.. mcm tak caya jek!). yups.. aku bukan buat ape sangat pun. ade certain perangai aku memang tak leh nak ubah. ade certain.. i'm trying hard to change it. means.. i'm in the process of changing it. whatever.. kebanyakan refleksi yang aku akan buat adalah berapa banyak kebaikan aku buat dh. bukan aku berkira. tapi aku nak improve every month. i believe slowly it will help me improving myself.

bile aku fikirkan setiap kebaikan aku buat, aku akan bangga dengan diri aku. sekurang-kurangnya, aku tahu ade sedikit kebaikan yang ade dalam diri aku yang parents aku ajar. mcm kalau aku tolong orang tua, aku akan selalu ingat abah aku. dia selalu ckp, bile dia bantu arwah abid, dia akan ingatkan kat diri dia, anak dia juga akan buat apa yang dia buat kat parents dia. dan aku? aku tolong orang tua lain, dengan ingatan akan ada orang yang tolong parents aku bila parents aku susah. sekurang-kurang itu cara aku balas jasa baik parents aku.

mcm aku tolong budak kecik tu aku tak consider itu sebagai pertolongan. aku consider sebagai tanggungjawab. sebab kalau yang lari-lari tepi jalan tu anak buah aku mcm mane? aku pun tak nak diaorang di abaikan. so, bile kite bertanggungjawab kepada umat manusia yang lain, orang lain juga akan rase bertanggungjawab terhadap kita kan?? biarpun fakta ni susah nak diterima tapi aku tahu ada sebahagian besar umat manusia yang berperasaan mcm aku kan?

selagi aku berfikiran positif mcm ni, aku tahu aku tak lari daripada impian aku yang sebenar.

impian aku nak ada rumah sendiri. bukan rumah biasa. aku nak ade rumah yang menjadi perlindungan untuk anak yatim, keluarga fakir miskin dan orang tua. sebab tu aku nak jadi kaya. ( tapi aku takut gak bile kaya aku lupa ngan semua benda tu). at least kalau aku betul2 tak mampu nak ade rumah macam tu, aku nak pastikan yang aku akan contribute sedikit rezeki yang aku dapat untuk diaorang.

buat masa awal ni, yang penting aku nak lesen. heheh.. ape kene mengena dengan lesen?
aku dh lama rasa nak jadi sukarelawan kat rumah orang tua atau anak yatim. aku nak sumbangkan sikit tenaga dan ilmu aku untuk diaorang. bila buat benda mcm ni, aku tahu kita dengan sendirinya akan insaf dgn apa yang tuhan bagi kat kita. so.. bile aku ade lesen, aku bebas nak buat benda2 mcm tu. kawan aku, wani nak join aku. heheh.. ade geng lagi best.

so, mase didi ajak buat projek zul, aku memang excited. aku nak buat tapi aku tak tahu chanel ape aku nak salurkan sumbangan aku. sekurang-kurangnya zul, penyelamat aku. heheh.. thank u zul!

end of month, um ade buat 2 kebaikan.
bagus um! i'm very proud of you.
i know you will do better in future. :)


Wednesday, August 27, 2008

b.e.r.k.a.t.

this entry are special dedicated to all my staffs that willingly contribute something for the charity organized by did's bestfriend, zul.
again.. they're not contribute much but i'm highly appreciate them since they're not only support this kind of activities but also supporting me in collecting all these things. :)
i'm very proud with my KPP - she's baked 2 bottles of kuih raya for me.
my PTs - ira, beli gula smpai 3 kilo. miyah - beli tepung, gula, keropok.. etc.
my typist - beli canned food and milo.

to dids - sorry beratkan kete kau nanti.
to zul - thank u and sorry sbb aku pepandai mintak contribution dr staff aku nih.

hmm.. today there are a lot work to do. fortunately, nothing urgent! :)

pape pun.. mood aku sangat elok arini. biarpun pagi2 buta dh ade org kacau idup aku dengan soklan2 bongek.

daaa...

Tuesday, August 26, 2008

j.u.s.t.a.n.o.t.h.e.r.s.t.o.r.y.

menaip nih sambil dgr lagu leona lewis - better in time. hmm.. ok gak. layan lagu nih.
anyway, takde ape yang penting nak citer.
to gengs - really enjoy last weekend. paaaaling enjoy melihat kekaguman Fad dengan lawak2 yang dibentangkan oleh che2. hahahahah..
to ayol - nila.. kawan. tunang pun xcakap.(apepun alasan kau bg, kau still tak patut rahsiakan pertunangan kau tuh!) papepun.. selamat bertunang! wish u hepi..:)
to mila - sorry. this week saya banyak kali ngamuk agak tak tentu pasal. pertukaran hormon kot. hahaha.. (period is the easiest reason to give when u being bitch!)
sepatutnya 25hb Ogos aku amek lesen. as again - nama aku tak de dalam sistem. tak tahula ape masalahnya. so, alang2 aku amek cuti, aku teruskan jekla niat aku nak bercuti tu. ( aku rase immediate bos aku kompem hangin ngan aku)
aku bangun lebih kurang kul 7.30 pagi.. terkejut bebudak ni siap2 pegi kerja.
kul 10 pagi aku kuar umah pegi one stop centre PTPTN kat kl sentral. aku nak tanye pasal pengecualian bayaran PTPTN untuk aku. pastu dia ckp aku nyer cop pengesahan takleh pakai. transkrip aku kene dapatkan pengesahan dari Pen. Pendaftar UiTM bhgn Rekod Pelajar dan Konvo. hampes.. aku apply since may 2007. dia tak ckp plak awal2 cop aku tu tak sah. bongek sungguh! geram sangat saye jadinya. ni nak pegi shah alam satu hal plak. tensi2.
then aku pegi sogo. janji nak lunch ngan mila. memula pakcik tu kata dia leh kuar awal. akhirnya kul 1 gak dia kuar.. (ms ni aku rase nak ngamuk gak!). makan kat nandos. hmm..sejuk sket hati umliyana.
then, aku pegi jakel cari kain yang cun2. tapi takde yang menarik hati umliyana. sudahnya aku cuti tapi aku tak shopping pun. geram jek!!.. papepun aku dapat abiskan masa dan tenaga aku menonton citer grey anatomy. okla tuh!

anyway.. just back from medical check up yang ade kat opis aku nih.

BERAT - 53.5 kg (beratnye!!!!)
LEMAK BADAN - 31.9pcent (normal)
KADAR METABOLISME - 1129 (rendah!)
LEMAK VISCERAL (jantung dan organ dalaman) - 4 (BAIK!!)
KEPADATAN TULANG - 2 (sepatutnya 2.4)
KEPADATAN OTOT - 34.4 (rendah!!)

kesimpulannye - metabolisme aku rendah, otot aku kurang.. nanti aku akan mudah gemuk sebab pembakaran kalori kurang berkesan which is kalori akan bertukar menjadi lemak.huhuhuhu... nanti gemuk takde orang nak dh!!

hmm.. mcm ade bende ngarut nak taip sini tapi nantila. next entry. :) daaaa..


Wednesday, August 20, 2008

r.e.m.i.n.d.e.r.

dalam aku duk buat ayat ntah pape dalam entry tadi.. aku nak bagi reminder jap kat orang ramai.

semalam, dalam kul 5.30 petang aku tunggu bas kat depn kementerian aku. bas yang aku selalu tunggu tu mcm haram sket lambatnya. then, tetibe ade sorang budak kecik, umur lebih kurang 2 tahun lebih atau setahun lebih. (aku fail sket predict umur budak bile anak buah aku umur 3tahun mcm 5 tahun badannya!), berlari2 berkaki ayam sekitar kawasan tu.. dia lari nak dekat tepi jalan. aku mase tu tengah bertelepon ngan mak aku. bile aku nampak dia lari ke tepi jalan, aku cepat2 jalan laju2 ke arah budak tu. hmm.. lega, dia tak naik bas sekali. aku tengok keliling. takde plak umat manusia yang nampak mcm mak bapak dia. then, aku pun ckp kat mak aku. "umi, kejap eh. nanti org kol awal balik. org rase ade budak sesat nih!" mak aku pun letak tepon. aku duk follow budak tu dr belakang, then bile dia tengok aku folow dia, dia pun behenti. aku cepat2 dapatkan dia.

"mak mane?" dia diam. aku pandang sekeliling. mmg takde umat manusia yg mcm mak,ayah dia.. (bkn rupa aku maksudkan!). aku dh tak sedap ati.
"ade nampak parents dia tak?" aku tanya seorang perempuan yang sama-sama ngan aku duduk menunggu bas.
"dr tadi dia sorang" jawap pompuan tu. aku agak tak tahu nak wat pe.

aku pegang tangan dia. ajak budak kecik tu cari parents dia. mcm bodo plak aku ajak dia jalan berkaki ayam dengan aku. aku raba dia,hm...ada pampers. so boleh dukung. (ms ni agak bongekla aku rasekan!) aku pun dukung dia. budak kecik tu diam jek. nasib baik dia ringan. kalau dia mcm mirul.. huh jenuh gak aku nak dukung.
aku asik tanya mane mak dia,tapi dia tak jawab jugak.
mase tu kat otak aku dh mcm2 pk. kalau tak jumpe parents dia, kat mane aku patut letak budak nih eh? takkan balai polis kot?..
tetiba aku ternampak sesuatu.
hah! NURSERY!!... aku tengok ade la afew parents depan nursery tu. maybe parents dia kat luar tu kot. tak perasan anak dia takde.
tapi bile aku sampai, semua parents kat situ buat tak tahu jek. sahla.. parents dia takde kat situ. aku pun masuk nursery tu. tak sempat aku nak jalan ke dalam nursery tu lagi, ada seorang pompuan ni kuar smbil dukung budak kecik. aku pun tanya..

" maaf ye, sape eh orang yang jaga nursery nih?"
" saya la!" jawab dia smbil tersenyum.
" saya jumpa budak ni merayau2 kat tepi jalan. saya rase dia dari nursery ni" aku pun turunkan budak tu dr dukungan aku.
" ya allah! parents dia belum datang rasenya!" pompuan tu sangat terkejut. nursery tu jadilah hectic kejap sebab parents lain pun terkejut.
" dia ni memang hyperactive!" ckp pompuan tu. tapi aku cuma tersenyum jek. aku cepat2 kuar dari situ sebab aku rase mcm bongeknya tempat tuh!!!

moral of the story - i. to tukang jaga anak orang - kalau parents dia belum smpai, pastikan la budak tu ada dalam nursery tu. aku faham. waktu mcm peak sbb semua parents nak amek anak dorang tapi buatla satu sistem yang boleh mengelakkan bende ni semua terjadi. kalau ade pape terjadi kat budak kecik yang aku selamatkan bernama aziq tu mcm mane? mahu dia nyer parents sue nursery tu. lagi plak bile budak tu hyperactive. kau takkan nak salahkan kehyperactivean dia menyebabkan dia ditimpa musibah? dh tahu dia hyperactive buatlah precaution measures.
- ii. to parents budak lain. aku yakin mase aziq kuar, mak bapak mesti penuh kat depan tu. takkan takde sape pun perasan??? aku nampak ade ayah yang melepak je kat luar pintu tu, (mak yang pegi amek anak). aku yakin ade yang perasan tapi excited nak amek anak tu melebihi segalanya atau just tak amek port. kalau yang berjalan tu anak
korang?? ape perasaan korang??!
- iii. to parents aziq - tahu dh anak korang tu hyperactive - janganla tinggalkan dia lama2 kat nursery. aku faham korang sibuk tapi takkan nak letak anak tu 100 pcent kat nursery tu. faham2 la amek anak cepat2. sian budak tu. kalau jadi pape kat anak korang kompem korang akan ckp - nyesal aku tak amek dia awal arini!

tu jek aku nak bubuh reminder. aku tak suke la tengok orang mengabaikan anak, mak bapak, orang tua, anak yatim, anak orang miskin. bukan sebab aku baik sangat. tapi sebab aku tak suke bile aku imagine kalau aku yang berada di tempat diaorang tu. okes?? be.. selfless.k? korang takkan rugi pape.

p/s : sorry if aku mcm jadi negative.pk yang buruk jek. tapi aku rase after a few cases melibatkan budak kecik ni.. accident, culik etc. aku rase semua orang ade peranan masing-masing. semua tahu bad effect if semua orang tak amek port. kalau aku tak amek budak tu, orang sekitar situ buat bodo jek kau tahu?.. takkan nak tunggu accident, culik br nak ade rase kesedaran kan?

b.r.a.v.e.r.y.A.N.D.a.c.c.e.p.t.a.n.c.e.

Masa aku kat UiTM, aku baik dengan seorang kakak ni. dia sgt gegile tapi dalam mase yang sama, dia lah orang yang paling berprinsip pernah aku kenal. Dia banyak pegang pada philosophy.. setiap kali aku mcm takut atau hesitate nak buat keputusan even nak buat pape tindakan, dia akan pesan kat aku :

Dengan sedikit keberanian, mimpi akan menjadi nyata.
(dia ckp falsafah ni dia cedok kat buku ke movie.. aku tak sure.)

Tapi.. kadang2 berapa banyak pun susunan keberanian, mimpi tetap jadi mimpi. Bukan begitu? Mungkin keberanian yang diberikan tidak sekuat mana untuk meralisasikan sebuah impian.

Lately, aku banyak berfikir. Berfikir secara rasional tapi kadang2 ade gak idea tak rasional yang keluar. Hehehe.. anyway bagi memudahkan aku buat keputusan dan mencetus kan idea kat dalam otak aku, aku dh susun beberapa soalan yang aku sendiri tak de jawapan untuk soalan-soalan hasil dari otak aku yang agak bingung (ke bengong) semalam.

  • How to accept someone that holds your loved ones heart but the same someone who breaks all your dreams?
  • How to accept someone who you never want to accept at first place? How to change it?
  • How to pretend just for sake of your loved ones? Can I be happy?

Sebenarnya, persoalan itu semua, aku dh penah jawab dan buat. If you know the solutions of the first question, definitely kau tahu jawapan untuk 2nd and 3rd questions.

Persoalan pertama itu, aku penah jawab dengan jawapan ; never accept that someone. – the easiest way - i don’t have to find solution for 2nd and 3rd question.

But this time around, it is not about me. Well.. It is about me. But it is not me to answer. I just gave my bravery to tell but he is the one who holds the acceptance.

Some of you will never understand what I’m trying to say here.

Some of you, definitely understand.

The one who holds my heart… you always know it right?

I can reform the bravery within me but I can’t build the acceptance within him.

Tuesday, August 19, 2008

b.e.s.d.a.y.m.i.n.D.A.N.c.o.r.e.t.2.

before aku mengarut lebih panjang -

HEPI BESDAY MIN!!.. HAPPY ALWAYS K? LuV U!!

enuf dah aku membebel pasal UiTM dalam blog aku nih. kalau ngumpat isu tu sampai ujung tahun pun x abis.hehehe.. anyway, last week aku balik jb sempena wedding kawan baik aku - suhana haris ong. dia sangat cantik aritu.. sukeeee sgt tengok dia make-up baju dia. aku tak pegi dia menikah tapi tengok gambar mcm cumel. :)

suhana@NANA ngan husband dia - amad. (aku lupe gile nama penuh mamat nih! anyway.. gambar ni aku curik dr frenster nana) .
aku baik dgn dia since diploma - 1st semester lagi dh jadi kawan baik. balik jb sesama, pegi class same2. bezanya - dia amek, business studies, aku plak amek banking. tapi mase semester 3 - dapat chance tuko course ke investment analysis. dia pun tuko sama. so kitaorg sekelas sejak tu sampaila grad.
aku slalu imagine dia akan kawen awal dari aku. (so, tak suprise sgt bile dia ckp nak kawen dah!) dia jenis perfectionist. cepat angin - tapi dia ckp husband dia nih banyak cooling her down. so.. they compliment each other. aku expect wedding dia akan jadi best sbb aku tahu how detail she is. yups.. it's perfect wedding!
bulan september ni dia akan ke UK ngan husband dia. smbung belajar. aku lupe kat mane dia akan pegi. Stockholm ke? hmm.. xingat. pape pun.. aku wish her all the best. hope they will be happily ever after!

dalam aku sibuk2 pegi wedding nana - aku tak datang pun wedding nana - housemate aku. aku cume berkesempatan mendengar cerite2 didi yang memang lawak nak mampus. to kak nana- enjoy your marriage k? :) aku juga tak sempat nak pegi wedding - mantap. heheh.. to mantap - jadila husband yang penyayang k? :)

to didi - akhirnya kau taip gak sesuatu kat blog kau. lama gile nak tunggu kau update. hahahah... yups beb.. people change. people around u change without u even realise it beb. pape pun perubahan - kau kene hepi jek selalu. be positive. :)

to aati omot. as always aku suke jek bace blog kau. blog kau selalu bagi different version of you. :) biarpun kau kate kau bukan penulis yang baik tapi kau pencerita yang bagus. creative.i like!! hahaha..

daaaa..

Thursday, August 14, 2008

a.r.t.i.c.l.e.o.n.U.I.T.M.2.

pagi2 lagi aku dh baca keratan akhbar pasal UITM which is paaaaaaaling merosakkan mood aku pagi2. bukan ape.. (before aku comment-meh aku attach keratan akhbar ni eh!)

Khalid tidak mahu minta maaf

Oleh Wan Jailani Razak dan Rafidah Mat Ruzki
wanjai@bharian.com.my

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam menegaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu membabitkan kuota dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu.

Beliau yang enggan memohon maaf walaupun didesak pelbagai pihak berikutan cadangannya supaya 10 peratus kuota UiTM dibuka kepada pelajar asing dan bukan Bumiputera berkata, UiTM juga perlu fokus dalam meningkatkan mutu dan kemudahan universiti itu supaya ia boleh dianggap sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani.

"Ini bukan ada maaf apa semua. Ini hanya untuk menerangkan mengenai isu yang dipolitikkan. Tujuan saya, selepas ini akan diadakan perbincangan dan isu yang penting dapat difahami.

"Isunya adalah supaya universiti di Selangor berusaha dengan kerajaan Selangor untuk mencapai tahap universiti yang dikenali di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan memohon maaf berikutan cadangannya sebelum ini yang dianggap menyinggung perasaan orang Melayu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

"Pelajar dan universiti adalah sebahagian daripada masyarakat di Selangor. Sebab itu mereka mesti kita gabungkan supaya bersama dapat memikirkan bagaimana pengendalian masyarakat dapat ditingkatkan," katanya. (ape dia maksudkan pengendalian masyarakat dapat ditingkatkan? kalau UiTM stays for bumis, pengendalian masyarakat tu jadi mcm mane? buruk?)

Beliau berharap pelajar dan ahli akademik berusaha menggembleng tenaga dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di negeri ini sekali gus menjayakan polisi ‘merakyatkan ekonomi Selangor'.

“Kerajaan negeri peka terhadap laporan membabitkan pembukaan 10 peratus kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan Bumiputera tetapi ia bukan dasar kerajaan Pakatan Rakyat atau PKR.

"Kenyataan ini dibuat ketika menjawab soalan daripada pihak media mengenai kemasukan pelajar asing dan bukan Bumiputera ke UiTM dalam konteks meningkatkan mutu pendidikan tinggi pada era globalisasi sekali gus membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid, mempertahankan keupayaan universiti itu dalam memartabatkan bangsa Melayu berdasarkan pelbagai kejayaannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Ibrahim juga tidak bersetuju dengan saranan UiTM memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu kerana UiTM boleh dianggap sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani.

Cadangan Abdul Khalid supaya 10 peratus kuota di UiTM dibuka kepada pelajar asing dan bukan Bumiputera menunjukkan UiTM seolah-olah tidak mempunyai mutu dan kualiti yang tinggi sedangkan rekod menunjukkan sebaliknya. katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

aku tak kan sentuh pasal dia singgung orang melayu atau tak. tapi.. pada aku dia hanya buat cadangan pada benda yang dia tak kaji. merakyatkan ekonomi selangor.. this things is not about selangor la. bende ni pasal pendidikan. jauh sekali pasal ekonomi selangor semata.
dia tahu kan UiTM bukan kat shah alam je tapi satu malaysia. u open for one, you open for all. ok?? bende ni bukan kat shah alam jela pakcik.

*p/s : thanks for sesape yang join bubuh komen pasal isu ni.tapi ditegaskan.. aku bangkitkan isu ni bukan sebab aku tak suke non-bumi ke racist ke (i'm totally MALAYSIAN).. aku cume komplen cadangan dia. ape dia try buktikan bile dia nak open UiTM for non bumi.

Tuesday, August 12, 2008

a.r.t.i.c.l.e.o.n.U.I.T.M.

bawah ni adalah satu keratan akhbar aku dapat dr berita harian. ape arguments dia untuk mengubah UITM?

Khalid setuju UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setuju Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera khususnya Melayu, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukkan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa.

Abdul Khalid berkata, langkah itu bersesuaian dengan perubahan dunia pendidikan di negara ini selain pendedahan awal kepada pelajar UiTM supaya lebih mesra dengan kaum lain.

"UiTM diwujudkan untuk meningkatkan pembabitan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan dan usaha ini perlu diteruskan.

"Bagaimanapun, UiTM perlu lebih bersikap global untuk memastikan siswazah UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam-Adidas King of The Road 2008 di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau setuju dengan pandangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, yang berpendapat tidak salah bagi UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan yang mendakwa ada cubaan pihak tertentu yang mengajak pengurusan tertinggi UiTM berbincang bagi membuka peluang kepada bukan Bumiputera memasuki universiti itu.

Pendedahan itu dibuat beberapa bekas pelajar dan ahli Pemuda Umno Shah Alam minggu lalu yang mendakwa adanya usaha mengajak pihak UiTM berbincang secara tertutup cadangan membawa masuk bukan Bumiputera ke UiTM.

let me make u understand sir - even though we do not study with non bumis here but we do know how to respect other races and how to mingle with them. (hello! what kind of facts you try to prove?!)

kalau ade yang cakap 10 percent jekla kuota.. trust me, in future there will be more than that !

U.I.T.M.D.I.H.A.T.I.K.U.

hmm.. UITM dihatiku. mase aku kat UITM dulu aku tak amek peduli sangat tentang slogan tu. even ia adalah lagu. kiteorang nyanyi bile ade event etc. tapi bile dh abis belajar, aku tahu semangat UITM tu memang ade kat aku. banyak aku belajar kat situ. bukan sekadar dr segi akademik tapi termasukla.. attitude aku. kat UITM.. dia banyak ajar aku jadi lagi open, berfikiran jauh but yet always know where we were standing. view things from different angle.. dan aku bangga menjadi graduan universiti tu.
but.. somehow.. lately, ade sesetengah pihak mahu merosakkan keunikan universiti tu sendiri. aku faham ade pihak yang melihat UITM ini tidak competitive. this is bumiputera university. yep.. everybody has their own opinion about this. tapi sebagai graduan UITM tahun 2005, yang aku boleh katakan UITM mampu menghasilkan graduan yang setanding dengan universiti top kat malaysia. environment universiti kami yang dilihat tidak berkembang, tidak kompetitif kerana hanya dikelilingi bumiputera sahaja..sebenarnya itu pendapat orang yang tak merasai environment universiti kami. kami diajar bende2 realiti. bukan sekadar bende yang yang meletakkan kami angan2 yang diluar sana takde competition. here we learn to be competitive , sir!!
dari segi politik.. aku takkan komen kenapa Menteri Besar Selangor sanggup menerima cadangan / mencadangan UITM dibuka untuk non-bumis. he maybe has his own agenda.his own persepective. i don't care what the agenda is. but please sir, look this from different angle, perspective or whatever. have deep thought about this. they try to defend the UITM not because they refuse to compete against non-bumis. they defend it, because this is our UITM. this is what UITM is. you try to deny the main objective why we have UITM. even worst, you know but you try to jeopardize it!

aku rase mcm sedih bile bace keratan akhbar pasal bende ni.
rase mcm baru je smlm aku terime scroll dr situ.
rase mcm baru jek tengok mantan PM datang dan bagi sekongan kat universiti aku.
but ... some people just don't understand.

Monday, August 11, 2008

m.o.n.d.a.y.b.l.u.e.s.

sebenarnya tak kire bos ade ke tak.. hari isnin tetap merupakan hari paaaling membosankan. dari tadi aku nak type kat blog ni pun aku mls. tapi aku taip gak disaat2 akhir waktu pejabat nih. aku asik rase ngantuk jek..
dalam kul 12.15 tadi aku pegi bank. nak pegi buat kad ATM baru. tapi aku tak tahu plak yang skang ni bile nak wat KAD ATM, mykad kau MESTI boleh dibaca dalam sistem. FYI, cip kat MYKAD aku tuh rasenya dh rosak. dh tak leh baca. dulu aku buat kad ok jek. :( skang ni terpaksa la pegi JPN dulu, wat MYKAD then baru bley buat maybank kad baru. leceh btul!
last weekend adalah sesi menghadirkan diri ke majlis perkahwinan. then, tak smpat pun nak dating mila. lagipun mamat tuh bezi prepare untuk meeting arini. 9 ogos tu aku mengikuti rombongan ke Penang, sempena kawan aku kawen. (utk saz- selamat pengantin baru!).kwn aku ITA sungguh tabah drive pergi dan balik dr penang (sbb kitaorg balik hari) dgn kete manual. gerak lebih kurang kul 9.45 smpai penang kul 1.00. pastu bertolak balik plak.. (termasuk jem kat Jambatan) kul 4.45 petang smpai kul 8.30 mlm. smpai kat BTS, mandi2 then pegi makan plak. salute la aku kat budak ITOT nih!
pada 10 Ogos, aku pergi ke rumah kwn aku lagi sorang. Nani. dia kenal suami dia ni dr form 4 beb. tunang 2 tahun. dia sangat cantik aritu.. aku tahu majlis perkahwinan dia mcm ape yang dia selalu nak. meriah, karaoke, etc.. siap ade cabutan no bertuah lagi tau untuk org2 rewang. aku pegi ngan bebdk umah BTS ngan shue dan ayu (dia ni lelaki). mase kenduri kawen ni la.. amek kesempatan jumpe kengkawan U yang lama. sempat jumpe shamy-toe yg dah pregnant. hmm.. baru rase diri dh tua.
anway.. aku mcm nak citer ape terjadi mase besday ayol, sue dan bachelorette (btul ke aku eja?) party for nana.. tapi.. aku rase korang akan lagi enjoy baca kat blog didi or yanti. so.. tunggu jek kat blog dorang. tapi we have a lot of fun!..banyak bende lawak yang terjadi.
aku rase mcm dh lama taip tapi blum pukul 5.30 pung!! ape nih??!

Friday, August 8, 2008

s.p.e.c.i.a.l.d.a.t.e.

xpasti orang amek port tak dgn tarikh ni. aku? tarikh hari ini memang cantik. 08.08.08. 8 August 2008. kawan2 aku yang terdekat banyak amek tarikh ni untuk bertunang, berkahwin. maybe ade orang lain yang jadikan tarikh ni untuk dia meluahkan perasaan. dengan harapan akan2 datang dia xkan lupe tarikh2 ni.
pada aku, untuk bertunang dan berkahwin.. tarikh mcm ni memang nombor nye lawa tapi personally it doesn't give any meaning to the relationship. hanya nombor yang special tapi bukan tarikhnya. kalau aku nak tunang, aku nak pilih tarikh mean something to us. mcm cth : 1st time kenal ke 1st time dating ke 1st declare couple ke 1st time .. whatever. yang boleh dikaitkan dengan hubungan kitaorang. bukan aku kata yang amek tarikh 8.8.2008 tu takde makna tarikhnya. nope! tarikh tu akan jadi bermakna untuk diaorang akhirnya. yela.. anniversary kawen, melambangkan dah setahun atau 2 tahun bertunang. aku cume meluahkan pandangan aku. setiap orang ade tarikh yang dia ingin ingati sepanjang hayatkan...? :)
cakap pasal kawen dan tunang ni.. aku ade satu perasaan tak berapa suke. which is setiap kali pegi kenduri orang akan tanya.. um bile lagi? xelok tunggu lama-lama. pegi umah sedara mara.. awak bile lagi? dengan sejarah yang aku dh buat dalam family aku.. rasenya soklan tu mcm menyindir aku jek. tapi jika aku pandang dari sudut positif - soklan ni boleh buat bisnes.kalau setiap kali orang tanya, aku charge 1 hinggit, kompem aku dh kaya skang nih.
btul tak? heheh..
anyway.. bukan aku tak nak. dan aku gak percaya bukan mila tak nak. bohongla kalau cakap.. aku ok kitaorang bercinta jek. the truth is.. i want to move to another level in our relationship. kalau boleh nak secepat mungkin. sbb bercinta ni pun boring gak. aku ade plan. mila.. aku tak sure, tapi aku percaya dia ada plan. maybe aku yang tak tahu plan dia. but, your family have to involve with this thing and with every decision u make. dan itulah keberatannya. aku tak tahu ape plan mila, aku tak tahu ape dia nak wat utk slowly selamatkan relationship ni.. tapi aku yakin ade jalan untuk kitaorang. itu jek. kalau aku just tak amek peduli, percayalah yang relationship ni tak kan ke mana. abah aku memang akan bantah.. (as i said in earlier post - it will be few arguments before he actually approve it!) tapi aku tahu apa yang dia nak cume lelaki yang boleh jaga aku.. dan aku sendiri takkan nyusahkan family tu. aku tahu mila lelaki yang boleh jaga aku, dan aku pun xkan menyusahkan family mila, cuma abah aku tak tahu. dan arguments yang akan terjadi tu hakikatnya aku tak tahu mcm mane nak handle. aku takut aku jadi sedih, jadi kurang ajar atau.. lebih menakutkan aku takut aku akan mengalah.sbb tu.. bende ni mcm tergantung jek. abah aku macam tahu pasal aku dan mila.. tapi.. dia buat tak tahu sbb aku pun buat mcm tak bersalah jek ngan dia. hahah..

so.. the story just end there!


Thursday, August 7, 2008

r.u.m.a.h.o.f.i.s.d.a.n.a.k.u.

Mcm boleh di jadikan tajuk komik, drama atau pun sitkom..hahah. mcm kat dalam komik ujang..: aku, dia dan volkswagen. citer tu best tau. tapi aku tak penah tahu ape ending dia. so..sesapa yang penah baca ending komik tu kau bleyla letak comment kat aku. at least boleh mengimbas kenangan lama! (sila sebut ayat itu dgn bahasa baku!). aku sudah mengarut.. :(
td kan.. aku mcm ade idea pe nak tulis.. then tetibe teringat didi (aku tak tahu nape didi tibe2 msuk dalam otak aku yang bernas ni!) then terus lupa!!! didi ni mcm virus la!!!! hahahahahah.. :p. anyway.. first of all, aku menjadi sangat bengang dengan keadaan di rumah. aku ade satu bilik kosong yang nak disewakan since one of my housemates akan kuar sbb dia nak kawen dh. so.. instead bulan2 bayar rm150 skang kene byr rm200. ala..... dhla skang dh ade komitmen kete seme!! mcm mane nih?! hmm.. makin lambatla aku kawen. plak tu kat umah ade "situasi". huh!.. membuatkan aku kdg2 rase malas sgt nak duk umah tu. sib baik ade didi. selain drpd dia masak best dia jugak akan buat lawak bongek kat umah. aku suke.. hiburan untuk aku. hehehehe..
ofis - tadi aku ade taklimat MTCP. tak silap aku dia represent Marine Training Cooperation Programme. aku dgrla dia wat presentation pasal negara dorang. kire banyak gakla pengetahuan baru yang aku dapat timba. (peh! ayat skema!). dalam aku dgr taklimat tu, mila mesej yang tertekan tensen dan arghhhh!!! kat opis disebabkan permintaan mengarut bos dia. aku pun kol dia nak tanya khabar. hehe.. mcm jauh jek mamat tu aku siap tanye khabar. dia siap tanya..

mila : saya nak behenti boleh??
um : boleh jek. saya memang boleh tanggung awak. jangan risau. ( ayat tak berapa sinis)

aku memain jekla. kompemla tak boleh. mak ayah aku blum tentu suke kau then kau boleh plak nak behenti keje ? ( konon2 ini la ayat yang aku marah kalau betul2 bende mcm tu jadi). hmm.. aku rase aku mengarut lagi.
okla.. jum cerite kisah2 benar ni. aku terlibat ngan MAHA. jadi petugas ape eh nama dia? lupe. fine. tak kisah pengalaman baru. cume yang aku kisahkan.. nape weekend kau perlu buat rehearsal?? tahu tak itu waktu2 manusia semua nak rileks?? dhla isnin nak keje. skang ni.. aku tak tahu lagi nak pegi ke tak. since aku dh janji ngan orang nak kuar dgn dia. hmm.. mayah sungguh saya! sabtu ni aku akan gerak ke penang untuk menghadirkan diri ke kenduri kawen kwn aku bernama sazliza. dia akan mendirikan rumah tangga pada esok hari 8.8.2008. majlis persandingan adalah pada 9.8.2008. 10.8.2008 kwn aku yang bernama nani pula berkahwin. peh.. ayat skema ni. apesal la ngan otak aku petang2 ni.
lagi satu bende sengal jadi kat aku - Handbag aku wangi sejak semalam sbb lotion versace pink aku tertumpah dalam handbag. pagi2 jek aku dh pening bau versace tu. abis brg make up aku, buku wordsearch aku semua dh jadi wangi. um..um..
opps.. lupe plak. tadi mase dgr taklimat kan.. aku tak tahu plak brunei tu ade jek tempat2 menarik yang tourist suke pegi. memang lawa la.. mila! jum kite pegi brunei! tapi dorang kate sana harga mahal. semua mahal. tapi.. aku rase okla. dr aku gune duit yang byk pegi ke australia.

okeyla.. aku nak behenti taip. otak aku tadi dh kene virus didi so dia lupe ape nak citer.. yang aku citer semua bende mengarut je skang ni. so baik aku pen off jek. daaaa..

Tuesday, August 5, 2008

s.t.u.p.i.d.r.e.a.s.o.n.s.

there is plenty of reason people might gave in order to put other people on blame for their weakness. sometimes I'm also in position where i refuse to take responsibility for mistake i made. but, as times goes by, i try hard to improve myself in that kind of situation. xde cacatnye kalau kite ngaku ape salah kite. the important points is - you know your mistake, and you want to improve it.

it just a beginning.

penat dh taip english. english aku pun tak comey sgt pun plus aku kekontangan idea.
idea aku nak taip kat sini sbb aku dapat msg dr salah sorang kwn baik aku mase kat U dulu. diala tempat aku ngadu, berlagak bongek, berlagak serius dan sebagainya. she's never had boifren before. but after our graduation, she find herself someone. somebody that she can trust, somebody that she love wholeheartedly!
tahun ni masuk 2 tahun dorang bercinta.
tetibe that guy.. mintak break. alasan - tak sependapat, kwn saye ni dia kate moody then tak nak berubah.
2 tahun br dia perasan yang dia tak sependapat dengan kwn aku. wah2..
if it is 1 year old relationship find.. i get it. but it is 2 yearsla beb. xpk ke.. kau dah abis berapa byk masa, duit, tenaga etc..
not only that 2 reason. 2 stupid reasons. he gave plenty of stupid reason why he made such decision. wah2..
bottom line is - i don't get it. if get bored.. don't make such excuse.ckp je dh boring. ckp je you all dh takde excitement. bile bg mcm2 excuse dia buat kwn aku tu down sangat sbb dia rase diri tak cukup bagus untuk guy tu. hello.. myfriend is good enough for you k? nasib baikla awek kau tu adelah dia. kalaula dia dpt perempuan mcm aku.. mahu nye dia jadi gile tau!! ( i'm good in how to make my boifren going nuts!) hmm.. xfaham betulla.why nice girl end up with a guy like him.. (in this case). xtahu ape lagi yang di nak.. ape yang dia rase kurang. hmm..
sorry.. today is my emotional day. tak larat sbb dah bape hari period. :(
kan best bwk dvd frens.. bolehla aku gelak2 tawa kat sini. :)

Monday, August 4, 2008

c.u.t.i.c.u.t.i.d.a.n.b.e.s.d.a.y.b.o.y.

cuti kali ni ade lah cuti paaaaling panjang yang aku penah amek sejak aku duduk kat jabatan perikanan ni. takdela lama sgt tapi disebabkan 2 hari sebelum tu aku pegi tganu (which i already consider it as my private holiday!) aku masuk opis hari rabu jek. itupun sbb ade meeting. kalau tak aku mmg nak mintak cuti! ari kamis pagi aku bertolak ke jb. pagi tu aku sempat wish ayol punye besday. (sile pegi ke blog yanti dan didi utk maklumat lanjut!). aku sibuk nak tahu sape tu maria. rupa2nya tu jerawat ayol sempena umur dia yang dh masuk 26 tahun. aku ingat lagi mase gf dia bwkkan kek secret receipe tahun lepas. heheh.. sedap jek geng2 sidang makan. kire ni dh 2nd time aku celeb besday dia. mase tu baru2 lagi kenal dia tapi kitaorg dh kamcing. kitaorang start kawan 23 Julai 2007. aku, sue, mila dan ayol. tak sangka plak kitaorg jadi kamcing smpai skang. mcm 1st anniversary for our frenship. hahahah.. dia masih lagi ayol yang aku kenal sethn yang lepas. masih metro, masih bling2 dan masih tebal.. :P
kamis tu.. aku smpai je jb, adik aku dh bawak aku jalan2. pegi tesco extra yang br bukak. wah.. banyak baju murah. bley wat baju raya. tapi baju yang aku minat nak beli tu mcm baju nak buat menikah la plak. malam plak aku melayan amirul pegi jusco belikan dia ben 10.
hari jumaat aku ke pasir gudang. lunch ngan adda dan seri. smbil tu aku ade benda nak pass kat seri untuk diberikan kepada someone.takde ape cume album. mase aku bagi tu mcm rase sedih gak. tak tahu nape. tapi mcm rase sayu jek.aku tak boleh nak jumpe that someone.. sebab mase aku buat keputusan dulu aku tak jumpe dia.sbb tu aku leh buat keputusan dengan penuh konfiden. aku takut bile aku jumpe dia.. aku akan hesitate.jumpe tu borak2 ngan adda yang dh tunang. awal bulan november dia kawenla. seri tunjuk gambar anak dia. aku?? aku just tunjuk diaorang diri aku yang terbaru ajekla. :) nothing new actually. then balik umah aku br perasan yang aku tak pulangkan kain yang sepatutnya untuk buat baju melayu nikah dia. kain tu aku simpan sebab supposely jadi hantaran tunang. ( panjang citernya ni!). so, aku msg that someone, ckp aku sori sbb pulangkan album lambat then ade lagi brg aku patut pulangkan. aku tahu dia tak suke aku pulangkan brang tapi.. mcm album tu mmg dia punye. hak dia. kain putih tu.. mcm tak sesuai utk aku simpan. (hmm.. rasa tak best..). mcm byk kenangan kitaorang dan rasenya susah nak lupe pun. kenangan baik tu lagi banyak dr yang tak baik.
sabtu takde ape yang aku buat kecuali pegi shopping. belikan mila wallet sbb wallet dia yang lama tu dh tak cumel. hahaha.. btul kan mila?? beli ape lagi eh? xde apepun. aku rase sebab semua budget aku dh lari pun. heheheh.. tak terkejar plak saye. tepaksa aku meletakkan jeans dan perfume dalam bajet bulan depan.
anyway.. utk besday ayol.. saya ingin mencadangkan supaya.. kite celeb ari jumaat kat SS2 nak tak gengs?? mcm dh lama tak lepak situ ramai2. aritu aku pegi bedua jek ngan mila.. lupe plak nak citer, aku plan cuti ni nak bgtahu parents aku yang aku nak tunang. :P tapi heheheh... tak tercakap plak. pulak tu abah aku mcm still tak leh get over ngan kes aku dulu (hmm...sgt tak menarik). so.. aku harap next week aku terdaya untuk ckp ngan dorang. sbb.. this thing will take few weeks to settle coz it will involve few arguments before they approve.. (i'm just have to remains positive).
smpai disini dulu kerana saye nak pegi lunch. laparla beb. min, ayol ngan yanti kot takde smpai rabu. outstation tapi yanti aku tak pasti dia ke mana. ke kuching kot.. papepun.. looking forward this friday. :)

..f.r.e.e.t.i.m.e..




You Have Fairly Healthy Relationships



You try your best in relationships, and you do a pretty good job.

You're as considerate, honest, and giving as you can be.



There's always more that you can do, and sometimes you do leave people feeling a bit neglected.

Great relationships don't happen overnight. As long as you keep making improvements, your relationships will get better!






Your Animal Personality



Your Power Animal: Eagle



Animal You Were in a Past Life: Whale



You are active, a challenger, and optimistic.

Hard-working, you are always working towards a set goal.






You Are Aphrodite!



A total shining star with a ton of admirers

And no wonder: you live life to the fullest!

When things get bad, you can easily take off to a happier place

But occasionally, you need to deal with problems head on






You are a Lavender Rose



You represent love at first sight and enchantment.



Your vibe: intense and intriguing



Falling in love with you is: deep and meaningful

What Color Rose Are You?




What Your Soul Really Looks Like



You are very passionate and quite temperamental. While you can be moody, you always crave comfort.



You are not a very grounded person. You prefer dreams to reality. For you, it's all about possibilities.



You believe that people see you for how you are, not how you look. But deep down, you know that's not exactly true.



Your near future is a lot like the present, and as far as you're concerned, that's a very good thing.



For you, love is all about caring and comfort. You couldn't fall in love with someone you didn't trust.