Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 10, 2008

p.i.l.i.h.a.n.

raya aidiladha semalam.takde bezanya dengan aku.
tapi arini, aku amek peluang untuk melawat umah makcik aku. mase raya puasa dulu aku tak sempat nak jenguk dia. so amek peluang la nak ziarah dia. dia bukan sihat sangat. takleh jalan dah.
aku ade satu kelemahan bile pegi umah sedara mara. ejen pencari jodoh. hmm.. syed ahmad pun ckp benda yang sama ngan aku. yang dia pun ade ejen sendiri. hmm.. aku lemau betulla.
bile makcik aku tanya aku ni dh berpunya ke belum.. aku tepaksa la ckp tidak. kalau aku ckp iya, kompem abah aku ngamuk. yela.. sejak bile plak aku approve mila tu?? - maybe ayat yang dia akan keluarkan bile dia dapat tahu. so.. dengan niat tak nak membelakangkan dia, aku pun cakap aku still single. takde calon.
tapi silapnye bile ckp mcm tu.. mula muka mereka berseri2 nak kenenkan aku dgn lelaki yang dia suka. yela.. makcik aku tu dah takde anak dara yang boleh nak kenenkan dengan mamat tu. hmm.. dorang ckp mamat tu doktor. dia tolong makcik aku fisioterapi. tak kisahla dia sesape. waktu2 mcm ni kalau bagi aku awal ashari pun aku tak nak. eh.. ye ke?? takla aku tarik balik statement bab awal ashari tu.aku memang lemau nak layan bab2 ni. so.. aku diamla sepanjang promosi yang dilakukan oleh agen terbabit.
statement paaaaaaling lemah aku dgr - dah tak jadi dengan syed yang dulu kene dapat yang syed jugakla skang ni. hmm.. setakat nama syed. aku leh je suh mila tukar nama dia. syed mila.ehh.. salah. syed mohd fahmi. mak ai sedap siut. ok..mila tuko nama skang! hahahahah...
bile aku pk2 balik.. abah aku tu kalau dia kenal mila, kompem dia suka mila. dia suka je mamat konversional mcm boifren aku tu. plak tu dia akan pk - dia ade geng nak pegi handle waktu korban lembu tu. abah aku ni aktif bab2 ni. pagi2 raya korban dia yang beriya kejut seme orang ikut dia pegi sembelih lembu tapi haraammmm seme anak dia nak ikut. heheheh..pendek kata kalau dia tak kisah bab syed2 ni.. mila tu calon menantu yang dia akan pilihkan untuk aku.kompem! aku ni nak jek guna hujah2 tu untuk mempertahankan mila tu.. tapi telinga abah mcm kuar bunga bile dgr citer ape yang jd kat umah makcik aku tengah hari tu. spoil jekkk!so.. semua hujah aku tu mcm ala2.. kene tiup angin je. hmm.. apela ayah aku ni kan. untung gak yang anak dia pilih tu bujang. buatnye duda ade anak atau laki orang.. tak tahula ape jd kat abah aku. eh.. tak tahu gak ape jadi kat aku. hahahahha
pendek kata.. aku rase mcm makin lambat jek aku ngan mila ni nak tunang. kawen ape tah lagi.
umur 25 tahun beb. biarpun org kata muda lagi.. pada aku, everyone has their own planning. aku plan nak kawen umur 25. so.. if tahun ni tak menjadi at least aku dapat tahun depan. kan???lagipun zaman poyer2 aku, zaman2 flirting, zaman aku keep searching dah berlalu. aku dah penat nak mencari. ape yg ade depan mata ni dh cukup baik dan perfect untuk aku. takde sebab untuk aku "keep looking".yg penting dia terima aku dan sayang aku. :)

hmm.. tapi tula,tak semua benda senang. ade orang ikut jek flow dia. takde rintangan.
ade org memang terpaksa merempuh mcm2.
semua tu takdir. yang penting mcm mane kite berdepan dengan rintangan2 tu.
yg penting.. korang doala yg baik2 utk aku k? dan aku pun akan doa sama. semuga cita2 ejen aku tu terbengkalai. hehehehe...

ok.got to go. daaaa..

No comments: