Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Monday, September 15, 2008

b.e.s.d.a.y.p.a.r.t.y.&.m.o.n.d.a.y.b.l.u.e.s.

hari ni.. hari isnin. sangat buhsan.
aku gile tak bersemangat hari ini. mengantuk dr pagi. dan petang tadi aku ade meeting JPKA. first time masuk meeting. dan inilah first time aku tengok mcm mane interaksi dalam meeting tu. honestly - aku kurang selesa sbb dalam meeting tu semua level atasan. palling kurang pun.. M48. aku? ahli meeting tu tapi aku baru M41 ma! aku agak kecut perut dan tak berani bersuara. huhuh.. adelah gak aku cakap something tapi takdela semua setuju. biasela beb.. aku budak kecik lagi. huhuhuu...

jumaat celeb besday lin dan yanti.
sangat meriah. sangat full perut.
didi masak best. min bawak dessert. yanti pun bwk dessert tak jdi.
kak nana bawak roti john warisan tu smpai 3 bungkus. peh! tak larat nak abiskan.
seronok sbb dapat kumpul bersama-sama. hubby lin pun join. max yang jrg ade pun dapat join.
awal2 tu.. aku ngan ayol gigihnya menggantung belon.
didi ngan semangatnye suh semua orang pkai eye mask ngan topi.
dan kami dengan semangatnya.. kenekan ayol di atas caller ringtone nya.
caller ringtone- andai ku tahu. tapi ringtone-scandalous. (dids..betul ke aku eja?mcm salah jek!)
dan.. zul?? bawak 2 large pizza.
takleh nak ingat mcm mane kitaorg rakusnya ambik paperoni pizza tuh.
muka masing-masing tak ingat!!

hari ahad.. aku melalui hariku seorang diri.
sabtu malam lepak umah kakak aku sbb najiha datang dr jb.
tengah hari ahad br bgn tido. cepat2 balik umah equine sbb nak mandi.
singgah shell.. isi minyak.
smpai umah mandi tengok dvd.
then.. dalam kul 3.30 kuar umah pegi duplicate kunci.
cuci kete.pegi bank.
pegi lagi umah kakak aku.
berbuka kat sana.
malam - pegi jusco.
yang aku nak highlight - semua aktiviti tu aku drive sensorang!!

okeyla..nak kene balik ni.
tak tahu lagi nak bebuka kat mane.
boring bebuka ngan bazar ramadan.
ok..daaaaa..


No comments: