Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 7, 2008

r.u.m.a.h.o.f.i.s.d.a.n.a.k.u.

Mcm boleh di jadikan tajuk komik, drama atau pun sitkom..hahah. mcm kat dalam komik ujang..: aku, dia dan volkswagen. citer tu best tau. tapi aku tak penah tahu ape ending dia. so..sesapa yang penah baca ending komik tu kau bleyla letak comment kat aku. at least boleh mengimbas kenangan lama! (sila sebut ayat itu dgn bahasa baku!). aku sudah mengarut.. :(
td kan.. aku mcm ade idea pe nak tulis.. then tetibe teringat didi (aku tak tahu nape didi tibe2 msuk dalam otak aku yang bernas ni!) then terus lupa!!! didi ni mcm virus la!!!! hahahahahah.. :p. anyway.. first of all, aku menjadi sangat bengang dengan keadaan di rumah. aku ade satu bilik kosong yang nak disewakan since one of my housemates akan kuar sbb dia nak kawen dh. so.. instead bulan2 bayar rm150 skang kene byr rm200. ala..... dhla skang dh ade komitmen kete seme!! mcm mane nih?! hmm.. makin lambatla aku kawen. plak tu kat umah ade "situasi". huh!.. membuatkan aku kdg2 rase malas sgt nak duk umah tu. sib baik ade didi. selain drpd dia masak best dia jugak akan buat lawak bongek kat umah. aku suke.. hiburan untuk aku. hehehehe..
ofis - tadi aku ade taklimat MTCP. tak silap aku dia represent Marine Training Cooperation Programme. aku dgrla dia wat presentation pasal negara dorang. kire banyak gakla pengetahuan baru yang aku dapat timba. (peh! ayat skema!). dalam aku dgr taklimat tu, mila mesej yang tertekan tensen dan arghhhh!!! kat opis disebabkan permintaan mengarut bos dia. aku pun kol dia nak tanya khabar. hehe.. mcm jauh jek mamat tu aku siap tanye khabar. dia siap tanya..

mila : saya nak behenti boleh??
um : boleh jek. saya memang boleh tanggung awak. jangan risau. ( ayat tak berapa sinis)

aku memain jekla. kompemla tak boleh. mak ayah aku blum tentu suke kau then kau boleh plak nak behenti keje ? ( konon2 ini la ayat yang aku marah kalau betul2 bende mcm tu jadi). hmm.. aku rase aku mengarut lagi.
okla.. jum cerite kisah2 benar ni. aku terlibat ngan MAHA. jadi petugas ape eh nama dia? lupe. fine. tak kisah pengalaman baru. cume yang aku kisahkan.. nape weekend kau perlu buat rehearsal?? tahu tak itu waktu2 manusia semua nak rileks?? dhla isnin nak keje. skang ni.. aku tak tahu lagi nak pegi ke tak. since aku dh janji ngan orang nak kuar dgn dia. hmm.. mayah sungguh saya! sabtu ni aku akan gerak ke penang untuk menghadirkan diri ke kenduri kawen kwn aku bernama sazliza. dia akan mendirikan rumah tangga pada esok hari 8.8.2008. majlis persandingan adalah pada 9.8.2008. 10.8.2008 kwn aku yang bernama nani pula berkahwin. peh.. ayat skema ni. apesal la ngan otak aku petang2 ni.
lagi satu bende sengal jadi kat aku - Handbag aku wangi sejak semalam sbb lotion versace pink aku tertumpah dalam handbag. pagi2 jek aku dh pening bau versace tu. abis brg make up aku, buku wordsearch aku semua dh jadi wangi. um..um..
opps.. lupe plak. tadi mase dgr taklimat kan.. aku tak tahu plak brunei tu ade jek tempat2 menarik yang tourist suke pegi. memang lawa la.. mila! jum kite pegi brunei! tapi dorang kate sana harga mahal. semua mahal. tapi.. aku rase okla. dr aku gune duit yang byk pegi ke australia.

okeyla.. aku nak behenti taip. otak aku tadi dh kene virus didi so dia lupe ape nak citer.. yang aku citer semua bende mengarut je skang ni. so baik aku pen off jek. daaaa..

3 comments:

ummphs.. said...

heheh.. nak wat pembetulan. MTCP - Malaysia Technical Cooperation Programme. thank u utk peter yang bace blog ni dan membetulkannye.. :)
(nampak sgt memang aku tak memebri tumpuan mase taklimat tuh!)

swit@kon said...

hehehehe

um um

:P

Mrs John (munaz cumil lagi) said...

nak pegi brunei gak...jom pegi together-gether....i like!!!