Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, August 14, 2008

a.r.t.i.c.l.e.o.n.U.I.T.M.2.

pagi2 lagi aku dh baca keratan akhbar pasal UITM which is paaaaaaaling merosakkan mood aku pagi2. bukan ape.. (before aku comment-meh aku attach keratan akhbar ni eh!)

Khalid tidak mahu minta maaf

Oleh Wan Jailani Razak dan Rafidah Mat Ruzki
wanjai@bharian.com.my

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, semalam menegaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) sepatutnya tidak hanya memberi tumpuan terhadap isu membabitkan kuota dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu.

Beliau yang enggan memohon maaf walaupun didesak pelbagai pihak berikutan cadangannya supaya 10 peratus kuota UiTM dibuka kepada pelajar asing dan bukan Bumiputera berkata, UiTM juga perlu fokus dalam meningkatkan mutu dan kemudahan universiti itu supaya ia boleh dianggap sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani.

"Ini bukan ada maaf apa semua. Ini hanya untuk menerangkan mengenai isu yang dipolitikkan. Tujuan saya, selepas ini akan diadakan perbincangan dan isu yang penting dapat difahami.

"Isunya adalah supaya universiti di Selangor berusaha dengan kerajaan Selangor untuk mencapai tahap universiti yang dikenali di Malaysia dan pada peringkat antarabangsa," katanya ketika ditanya sama ada beliau akan memohon maaf berikutan cadangannya sebelum ini yang dianggap menyinggung perasaan orang Melayu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini.

"Pelajar dan universiti adalah sebahagian daripada masyarakat di Selangor. Sebab itu mereka mesti kita gabungkan supaya bersama dapat memikirkan bagaimana pengendalian masyarakat dapat ditingkatkan," katanya. (ape dia maksudkan pengendalian masyarakat dapat ditingkatkan? kalau UiTM stays for bumis, pengendalian masyarakat tu jadi mcm mane? buruk?)

Beliau berharap pelajar dan ahli akademik berusaha menggembleng tenaga dalam meningkatkan kualiti pendidikan tinggi di negeri ini sekali gus menjayakan polisi ‘merakyatkan ekonomi Selangor'.

“Kerajaan negeri peka terhadap laporan membabitkan pembukaan 10 peratus kuota UiTM kepada pelajar asing dan bukan Bumiputera tetapi ia bukan dasar kerajaan Pakatan Rakyat atau PKR.

"Kenyataan ini dibuat ketika menjawab soalan daripada pihak media mengenai kemasukan pelajar asing dan bukan Bumiputera ke UiTM dalam konteks meningkatkan mutu pendidikan tinggi pada era globalisasi sekali gus membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada pelajar Melayu dan Bumiputera," katanya.

Sementara itu, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah ketika diminta mengulas kenyataan Abdul Khalid, mempertahankan keupayaan universiti itu dalam memartabatkan bangsa Melayu berdasarkan pelbagai kejayaannya di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Ibrahim juga tidak bersetuju dengan saranan UiTM memberi lebih fokus dalam menaikkan mutu dan kemudahan universiti itu kerana UiTM boleh dianggap sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani.

Cadangan Abdul Khalid supaya 10 peratus kuota di UiTM dibuka kepada pelajar asing dan bukan Bumiputera menunjukkan UiTM seolah-olah tidak mempunyai mutu dan kualiti yang tinggi sedangkan rekod menunjukkan sebaliknya. katanya ketika dihubungi Berita Harian, semalam.

aku tak kan sentuh pasal dia singgung orang melayu atau tak. tapi.. pada aku dia hanya buat cadangan pada benda yang dia tak kaji. merakyatkan ekonomi selangor.. this things is not about selangor la. bende ni pasal pendidikan. jauh sekali pasal ekonomi selangor semata.
dia tahu kan UiTM bukan kat shah alam je tapi satu malaysia. u open for one, you open for all. ok?? bende ni bukan kat shah alam jela pakcik.

*p/s : thanks for sesape yang join bubuh komen pasal isu ni.tapi ditegaskan.. aku bangkitkan isu ni bukan sebab aku tak suke non-bumi ke racist ke (i'm totally MALAYSIAN).. aku cume komplen cadangan dia. ape dia try buktikan bile dia nak open UiTM for non bumi.

1 comment:

swit@kon said...

dia rasa nk buat perubahan kot...maybe nk glamer???

ntah....