Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 12, 2008

a.r.t.i.c.l.e.o.n.U.I.T.M.

bawah ni adalah satu keratan akhbar aku dapat dr berita harian. ape arguments dia untuk mengubah UITM?

Khalid setuju UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera

SHAH ALAM: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim setuju Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang ditubuhkan untuk melahirkan lebih ramai profesional Bumiputera khususnya Melayu, dibuka kepada bukan Bumiputera.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya sekurang-kurangnya 10 peratus kuota kemasukkan pelajar baru ke UiTM setiap tahun diperuntukkan kepada bukan Bumiputera dan pelajar antarabangsa.

Abdul Khalid berkata, langkah itu bersesuaian dengan perubahan dunia pendidikan di negara ini selain pendedahan awal kepada pelajar UiTM supaya lebih mesra dengan kaum lain.

"UiTM diwujudkan untuk meningkatkan pembabitan orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam bidang pendidikan dan usaha ini perlu diteruskan.

"Bagaimanapun, UiTM perlu lebih bersikap global untuk memastikan siswazah UiTM lebih mesra dengan masyarakat berbilang kaum di negara ini," katanya selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam-Adidas King of The Road 2008 di sini, hari ini.

Abdul Khalid berkata, beliau setuju dengan pandangan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali, yang berpendapat tidak salah bagi UiTM dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.

Abdul Khalid diminta mengulas laporan yang mendakwa ada cubaan pihak tertentu yang mengajak pengurusan tertinggi UiTM berbincang bagi membuka peluang kepada bukan Bumiputera memasuki universiti itu.

Pendedahan itu dibuat beberapa bekas pelajar dan ahli Pemuda Umno Shah Alam minggu lalu yang mendakwa adanya usaha mengajak pihak UiTM berbincang secara tertutup cadangan membawa masuk bukan Bumiputera ke UiTM.

let me make u understand sir - even though we do not study with non bumis here but we do know how to respect other races and how to mingle with them. (hello! what kind of facts you try to prove?!)

kalau ade yang cakap 10 percent jekla kuota.. trust me, in future there will be more than that !

3 comments:

swit@kon said...

erm....

keluhan saja yang mampu aku berikan. baru je aku bertukar2 pandangan pasal isu Bar Council semalam hari ni pasal ni pulak..

kalau kita bagi muka, melampau..
kalau kita diam, kata kita lemah/bodoh (maybe?)..
kalau kita tak bagi, kata kita racist dan tak adil

sampai bila?
adakah kita perlu ada semangat Melayu atau semangat Malaysian?
Kalau kita pilih Malaysian, adakah yang lainnya mempunyai semangat yang sama???

bukan bermakna kita utamakan bangsa sendiri kita pinggirkan yang lain...tapi itu lah...

kawan aku kata:
'because you are the policy maker and in the future people need u, jadilah PTD yang baik...lihat dari banyak possibilities'

eh...bebelan ku terlebih sudah...tapi aku nk suarakan jugak um....hehehehe ni pada pandangan aku la..aku taknak berat ke mana2 cuma tiap orang ada pandangan sendiri kan..u know me better um!

:D

ummphs.. said...

everyone has their own views or.. ape pun.
but.. ape yang aku katakan adelah keberatan aku dgn cadangan yang dia utarakan.
apepun kau nak buat.. kau kene kaji, kau kene yakin dengan facts kau.. dan kau mesti tahu pro & cons and definitely, you have back up plan if it's do not come out well as what you wish for.

didi said...

ok
to me uitm adalah anatar universiti yang dapat memelihara anak melayu dari segi kemasukan dan penerimaan pendidikan.

walaupun niat murninya untuk beri 10% kepada non-bumi, di masa sekarang yang mana bayak universiti lain dah memang membenarkan berduyun - duyun non-bumi masuk (seperti contoh, time aku kat upm, rasa macam berada di negara cina), x mendesak pun uitm buat kuota macam tu.

aku setuju dengan statement kita sentiasa nak share faedah dan kelebihan kita dengan bangsa lain tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang nanti.
atau sama ada bangsa lain akan fikir begini sekiranya diorang yang berada di tempat kita.

walaupun isu perkauman ini agak sensitif, tapi we need to stop being so baik hati dan terus menggadaikan kelebihan orang melayu.

baca balik sejarah. walaupun peredaran zaman dan globalisasi, ketuanan melayu masih perlu kita defend.