Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 26, 2015

K.o.n.g.s.i.S.y.a.w.a.l.2.0.1.5.



Bismillah. 

Sempena menyambut Syawal pada tahun ini, saya ingin mengajak kawan kawan untuk turut sama berkongsi kemeriahan syawal bersama fakir miskin dan keluarga yang memerlukan.

Kami ingin mengutip sumbangan untuk diagihkan kepada fakir miskin dan keluarga yang memerlukan di dalam bentuk makanan keperluan harian yang bernilai RM 120. Senarai adalah seperti berikut:

- 10kg beras
- 2.5 BioZip Detergent
- 500g Sos cili dan Tomato Life
- 650ml Kicap Jalen
- Kordial 2L
- Satu tin Sardin (425g)
- Satu tin Kari Ayam Yeo's
- Pek MILO 1kg
- Minyak Masak 2 kg
- Sekilo tepung gandum
- Gula Pasir 2kg
- 2 tin susu lemak manis
- 1 pek ketupat mini Nona
- Satu bekas Kuih Raya
- 1 pek biskut Munchy
- 1 pek maggi

Sumbangan boleh dibuat di dalam bentuk tunai dengan nilai RM 60 / RM 120 atau satu set kotak mengandungi barang keperluan harian bernilai RM 120.

Untuk menderma di dalam bentuk tunai:
No. Akaun : 7601135172
Bank : CIMB Bank
Nama Pemegang Akaun : Sharifah Um Liyana

No. Akaun : 1621 4303 9033
Bank : Maybank
Nama Pemegang Akaun : Sharifah Munazzah

Untuk menderma satu set kotak lengkap, sila hubungi (melalui whatsapps / sms / emel sahaja) untuk menetapkan lokasi pungutan:

umliyana - 013-3010775
munazzah - 013-605 9447
Faizal - 016-391 3045

Tarikh Akhir Sumbangan : 8 Julai 2015

Semua sumbangan akan diserahkan kepada fakir miskin dan keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan Dengkil dan Sepang. Sekiranya penyumbang mengetahui sesiapa lagi keluarga yang memerlukan bantuan di sekitar Kuala Lumpur dan kawasan berdekatan, sila maklumkan kepada team kami. Insya Allah akan kami sampaikan kepada mereka. 

Tiada sedekah yang sedikit.
Berkongsi maklumat ini juga merupakan sedekah. 

We Make A Living By What We Get
But We Make A Life By What We Give

Monday, March 16, 2015

Social.Business.

Salam. 

Lately ni asik terfikir pasal nak buka perniagaan je.
Secara jujurnya.. tak pernah terfikir sebelum ini. 
Im not a risk taker. maksud ku..dalam perniagaan.
Tapi sejak dua menjak ni..i know i can do better than what i am doing know.
berbekalkan pengalaman menilai perniagaan orang lain (kesian kan..org takde pengalaman kerja menilai perniagaan orang) - i know i can find lubuk di dalam perniagaan. 

for a start - i am thinking what i love most. 
then - i love teaching!! 
impian sejak kanak kanak nak jadi cikgu. 
so.. memula fikir nak bukak playgroup. 
but then - cuak.
how good i am nak buka playgroup.
anak pun baru sorang. 
then - t thot bukak tadika la um. 
since my passion are teaching - tidak adil rasanya saya nak bukak perniagaan tadika bila saya ade zero knowledge or background in education. and early education. 
so.. startla riki nak amik master in early childhood. wow. 
anda tak layak memohon pun umliyana!
see? orang yang ade passion untuk mengajar tetapi kene start dari bawah menyebabkan susahnya nak sambung belajar. kena amik dari diploma tau. sbb tak pernah ade pengalaman kerja. :(

okla. 
so. impian nak bukak tadika boleh.
tapi anda kena bertabah bukak tadika tapi anda takde pengalaman kerja / pengetahuan di dalam bidang early childhood ni. :(
takpe. takpe. 
jangan bunuh harapan aku lagi. 
aku ade plan. but my plans needs time to achieve.
tapi takpe. 
sabar umliyana. 
sementara tu baik kumpul duit before ko leh buka tadika. 

so..untuk permulaan..
ku kene fikirkan cara lain nak tambah kewangan untuk mencapai impianku. 
sebagai contoh - bukak bisnes lain. 
yang aku terfikir sekarang adelah jual baju. 
refuse nak jual baju yang biasa.. aku memerah otak men-design baju. 
try and error with tailor. 
beribu abis just untuk try n error. 
mujur ade kawan yang nak support sama. 
since aku tgh season try and error lagi... baju semua kat tailor. 
aku jadi slow skang ni. 
mcm stranded. 
tak move. 
even kawan aku pun stuck.
maybe she stuck with me. haha. 
tak senang wei cari tailor untuk buat baju. 
lagi pula ko try nak buat baju seanggun mungkin tetapi dengan kos seminima. aku try tak nak buat baju and jual sampai harga 170-200/
sebab baju aku buat cuba untuk bawak ke kerja mahupun kasual. 
and carik tailor tak senang wei. 
tapi korang kalau ade kenal tailor yang bagus and tidakkkkkk begitu mahal lehla bgtau eh. 

Anyway impian aku nak bukak perniagaan bukan sebab duit./ i mean of course duit. 
tapi bukan untuk aku jadi kaya raya. duit kepok kepok.
tidak. impian aku adalah nak bantu orang susah. 
especially kanak kanak. 
aku nak kasi education free kat dorang.
thats why aku nak bukak tadika. 
slowly tadika aku support 1 orang student yang anak yatim atau miskin. 
lama-lama - aku boleh buat lebih dari itu. insya allah. 
pelajaran je boleh buat dorang keluar dan mencari kehidupan lebih baik. 

impiannya - nak jadikan diri aku persekitaran aku lebih baik. 
bukak restoran and at the same time - beri gelandangan datang makan. each receipt issued - 1 dollar of it will given to the poor and gelandangan in terms of food. 

memula aku plan nak ajak gengs aku bukak bisnes sesama.
every net profit - will be put in 1 tabung for anak-anak kami kelak. 
anak anak kawan kami yang susah kemudian.
tapi semua kawan kawan aku macam busy skang ni.
maybe sebab semua nak stabilkan kewangan dorang dulu.
so..aku tunggula.
if they want - bestnyaaaaa. :) 

tetapi semua perancangan ini masih dalam perancangan.
no official execution pun lagi. 
Insya Allah di permudahkan. 

so kawan kawan..
kalau korang ade idea mcm mana aku nak percepatkan proses pengeluaran produk aku sendiri supaya aku leh capai ultimate goal aku sila la share. Targetnya kumpul duit and business but at the same time do  social obligation.setiap dari kita ada kebaikan yang nak dilakukan. 
Moga Allah Setuju.  

eh. jangan lupa eh.
thank you. 


Friday, February 6, 2015

Anniversary.Vacation.2015.

Assalamualaikum people!

selepas berhempas pulas berfikir - apekah anniversaru gift best nak bagi lakiku - aku telah memilih percutian ulangtahun perkahwinan sebagai hadiah 2015 kepada encik mohd fahmi.
eventho.. dia mcm takde perasaan bile dapat hadiah tu dan aku yang over lebey sebab aku dpt gi bercuti - aku tetap happy!
hahaha.

Percutian kami di LANGKAWI y'all!
Abis duit bonus ku jua. haha

Tapi aku nak kongsikan percutian anniversary ni ha. 
Cabaran dan bestnya pegi bercuti. 
dan rasa 3 hari 2 malam tu tak cukup jeee.
actually kalau aku less spend kat hotel - and amik je hotel kat pekan Kuah maybe bolehla nak extend sehari lagi. :P

Day 1 - 2 Februari 2015

Kami naik Malaysia Airlines ke Langkawi. Jam 9.45 pagi.
punyala awal kami naik sbb itinerary ku dh bermula start jam 11.00 tau!
Anyway bile sampai Langkawi, kereta sewa yang aku dah book tak sampai-sampai.
aku kol penyewa kereta tu sampai sudah tak berjawab.
macamla haramnya. 
sudahnya terpaksa amik kereta sewa lain - which aku di refer seramai 4 orang penyewa okeh. buang masa sejam kat airport ok. nasib baik mila fahmi tu tak hangin. tapi akula hangin. rancangan aku tak menjadi. :(



After kereta sampai... kami lunch kat Bukit Malut.
Gerai tepi jalan. 
Actually nak makan seafood kat situ tapi tutup plak tengahari. 
so.. jumpe kedai ade jual ikan bakar kami sebat jekla.
lapar wei. 

Disebabkan hotel hanya leh check in pada 2.30 petang - kami gi underwater world langkawi dulu. Kalau orang tanya - best ke. aku jawab best. tapi kalau compare ngan Aquaria - op kosla Aquaria menang kan. 
Tak kisahla. yang penting anak aku sangatla gembira masuk Underwater World tu. Kami spend masa almost 2 jam ok. Ulang alik ulang alik 3 kali. (punyala kecik tempat tu)
Yang lagi best dapat tengok feeding session Seal ngan Peguins. 
Seronokla wei. siap tengok performance seal lagi. memang bestla. 
Tak rugi korang datang sini. 






Kemudian, kami ke hotel kami. La Pari Pari.
Kat Pantai Chenang. 
Actually bukan betul2 tepi pantai tau.
First time datang - greet by Buddy, one of the crews kat situ. 
First impression - canteknyaaaaa!
seriously tak tipu.
tempat dia ko tengok je terus rasa tenang je. 
Its quite tapi full house. 
macam mana tu? dia kata memang selalu mcm tu. dorang like privacy.
sebab tu mostly client dia adelah mat saleh. 
Bilik dia simple je. 
Harga dia agak mahal tp bile ko datang ko taula you pay for scenery, ambience and private time you can spend. giteew! 




Petang kami lepak Perdana Quay.
Minum petang di The Loaf.
fefeeling orang kaya lepak tepi Marina. hahahah
Malam.. kami ke Pekan Kuah.
Melayan order2 coklat dari kakak dan adik ipar. 
Malangnya Nutella On The Go langsung takde.kempunan adik iparku.
aku beli belah kat kompleks Haji Ismail Group.
Giler wei. pakcik ni. kompleks dia - mmg shopping mall tau. siap hotel.
pokcik kayo sungguh!
After that - sbb kami kebulur tahap dewa 19 - instead makan seafood kat kedai yang bersepah kat Chenang kami makan kat Kuah. Worst decision ever.. Makanan biasa je. tak sedap sangat pun tapi harga macam hampeh! mahal wei. *teringat makan seafood kat Kota Kinabalu yang sedap, banyak dan murah*

After that - straight back to hotel.
nak tido.

DAY 2 - 3rd February 2015

Pepagi kami breakfast di Fat Cupid.
Aku tak taula. baca review ramai recommend. 
tapi bile aku makan - rasanya biasa je.
price op kos a bit pricey tp mcm standard price lifestyle cafe kat KL je. 

memula kami plan nak ke oriental village, mardi agro park dengan wildlife park. 

So.. first lokasi memang oriental village. 
Panas wei masa tu. tapi angin kuat sampai cable car ditangguhkan kejap.
Aku tak nak naik cable car. aku mempunyai kegayatan yang tinggi. Aku suh mila naik ngan fieras, tak nak pula. :P
Nak naik Duck Boat - 40minutes. mcm buang masa lama sgt. lenkali la.

First kami gi elephant riding.
yes people! Malaysia ade elephant riding.
nama gajah tu Lasah. Apparently he is one of the star dalam Anna and The King (dia bukan The King tu). Cuma fieras ngan abah je naik. umi tukang amik gambar je. sekali lagi sebab faktor ketinggian - saya tak nak naik. haha. 





Then kami singgah ke 3d Art Museum. 
Honestly this is the most awesome place at Oriental Village.
Aku sangatla jakun wei.
Eh bukan aku je. fieras sekali sama.
Laki aku plak terpaksa layan amik pic kami. hahah







Kemudian kami horse riding plak.
ni nak puaskan hati anak aku je sebenarnya. 
Asalkan dia gembira - okla. biarpun takdela best mana pun. hahaha

Petang - kami ke Wildlife Park. 
Secara jujurnya - trip ni berbaloi bile kita ke Wildlife Park. 
Agak besar tetapi best sbb diberi peluang experience sendiri feeding animal. 
Masya Allah. memang best. 
Datangla wei sini. best sangat. tak tipu!









Kemudian kami ke Laksa Power untuk merasa Laksa Power yang kunun sedap bersama Pasembornya. Okey. Sangat Mengecewakan. Rasa dia biasa je. ntah ape yang org duk recommend pon aku tak paham. sedap lagi yang warung laksa bawah pokok kat Bangi. :P

Atas kepenatan - kami terus balik ke hotel petang tu. 
Malam - aku dengan kerjasama baik pihak hotel dan fat cupid - arrange surprise anniversary dinner utk mila. 
Takdela surprise sangat.
husband aku pun takdela muka eksaited sangat, hahaha




DAY 3 - 4th February 2015

Memandangkan flight tengahari, hari ni barula kami dapat menikmati suasana hotel La Pari Pari and mandi kat swimming pool. Ambil gambar persekitaran. Dari segi lokasi, hotel ini mmg jauhla dr orang sbb dia mcm ke dalam sikit. Tapi..ia sangatla privacy. suasana minimal tp cantek. Pool tu xyah rebut ngan sesape pun.. fieras ngan abah je. Breakfast pun tak yah nak beratur tunggu dapat kerusi. kalau full house pun..meja cukup je nak accommodate semua orang.  
Aku tak puas rasanya amik pics kat situ. cuma sedikit kecewa sbb treehouse dia tengah renovate. kalau tak dapatla fieras merasa lepak umah atas pokok. Overall hotel ni aku bagi 4 bintang la. 1 bintang tu kurang sbb harga dia. hahahah







Setakat ni jela laporan percutian saya.
Sebarang maklum balas sila bubuh kat ruangan komen. 
hahah..




Monday, January 26, 2015

Gifts

Salaamm rakyat jelata. 

Aktif plak aku nak menghapdate blog yang tak seberapa ni. 
Tapi memandangkan aku mmg blur.. sengal nak pk ape hadiah best nak bagi kat asben aku sempena anniversary kami.. aku memilih hapdate kat blog.
sebab aku tau pemasalahan ini dikongsi oleh para isteri di luar sana. (haha)

ops.
lupa citer.
background story sket - 29 Januari 2015 will be our 4th year of marriage.
4th year of - mengenali laki bini yang sengal.
tahun ke 4 dan masih lagi cuba berkenalan dengan asben aku tiap tiap hari.
marriage is longggg journey guys to share with 1 person your entire life.
so.. make sure its worth every single step!
cewah!

anyway..berbalik kepada isu asas kita iaitu - ape ke benda aku nak bagi kat asben aku ni wei?
sekiranya bertanya apekah feveretnya laki aku - dia suka amik gambar, tengok bola, baca pasal weapons dan jet jet pejuang erk? ha.. dia suka masak. dia suka kereta juga tetapi takdela macam lelaki lain yg duk modify kereta. 
asben aku rsnya suka je ape lelaki lain suka tetapi dalam keadaan minima. 
yang maksima - tu ha peralatan perang dan sebagainya tu. 

sempena anniversary kami ke -4 ni.. aku pk hadiah dia antaranya:

1. Sponsorship to LIMA 2015

- Pro: sure laki aku golek2 kegembiraan sebab memang impian dia nak gi LIMA tu. 
- Cons - aku tak leh follow. dia gi je sensorang sebab harga mahal beb. hotel mahal gedegek. aku ngan anak aku sure nak pegi hotel besh - since kami tidak enjoy LIMA, hotel boleh buat kami enjoy. tapi kalau time LIMA aku rs amik motel je mampu kut. itu baru hotel tak masuk lagi harga kereta sewa. 3/4 kali ganda tau!

2. Special anniversary dinner kat hotel mewah
- Pro: ni aku suka. sebab kekunun nak makan makanan harga 200 dalam pinggan besar tapi portion macam bekpes sekolah anak aku. haha.. aku berangan wei dapat makan tempat macam ni even kekdahnya aku ni tak semegah mana nak makan hotel. muka pun comot. dressing hancus ade hati nak makan hotel (eh jap ni.. pro ke cons?)
- Cons: habisla 1 hotel dengar anak aku nyanyi itsy bitsy spider atau humpty dumpty atau 123 atau abc. sebab masa makan la dia suh aku pasang youtube dan nyanyi skali mcm dalam youtube. ha..aku sure korg yang baca ni pun tersengih sbb korang senasib ngan aku ye tak? hahahah

3. errr.. trus stranded. takde idea. gilerla semua hadiah kat muka bumi Allah ni - hanya 2 je aku terpk? tak sopan btul. 

aku selalu je buat surprise kat dia spt cth bagi bunga kat opis, celebrate birthday kat opis, hantar a bouquet of chocolates kat opis. dan semuanya laki aku tak tau agak dah. dia mmg jenis malas amik port sbb tu semua surprise aku menjadi. 
skang ni mcm mana nak buat surprise lagi? how? 
boring dah duk celebrate kat office. 
korang ade idea tak? 
surprise best and budget friendly. haha..

hadiah ape best?
belikan treadmill? 
mahal bebeno. tak mampula plak i. 

korang slalu bagi ape kat asben korang ek? 

Tuesday, January 13, 2015

new.year.new.school.

Happy new year guys!

Semoga dipermudahkan apa apa yang dihajati atau ingin dilakukan pada tahun 2015.
apa juga hasrat yang tak tercapai 2014 - usah dikenang. terus baiki diri di masa hadapan.
cewah! ayat motivasi wei.

Anyway.. aku just nak share pasal fieras dan sekolah barunya.
yeay!
haha. tak yeay sangatla.
memula nak citer gak - fieras tak pernah tukar sekolah sejak umur 3 bulan. 
never. his circle of friends mostly the same person. 
dia cuma experience tukar cikgu.
and he didnt handle it well.

so.. can u imagine how he's doing in new school? 
ha..u are right!
almost disaster.
first day - 2 hours crying and drama. 
aku? nanges.
aku faham ibu ibu lain cuba nak menyamakan situasi mereka dan aku. 
but please don't.
my son is not like your son.
your son is not like mine.
full stop.
dont try to be champion saying your son ok atau ko tak drama tapi aku lebey drama dari ko. and you make it even worst by saying - ha.. misti ko dulu mcm ni. ikut ko la ni.
Don't. Please Don't. 

Fieras adalah seorang anak yang easily attached to someone.
dalam hubungan mak dan anak - fieras lebih rapat dengan aku sebab dia easily attached dengan seorang saja. dan dia comfortable dengan seorang itu aja. 
Even dengan abah dia pun.. fieras tak rapat. 

Bile first day sekolah baru - dia tak rasa comfortable sebab dia takde sape sape. 
He knows nobody there.
so.. dia akan melalak.melalak dan melalak. 
sebab dia rasa tak selesa.
Dan aku?
seorang ibu yang sebenarnya mahu teman anak dia seumur hidup dia.. ya betul seumur hidup tetapi tidak mempunyai pilihan.
Aku bukan surirumah. in fact aku tak mampu jadi suri rumah. 
aku seorang ibu yang kena keringkan hati antar anak ke sekolah untuk ajar dia independent - make new friends dan belajar benda baru setiap hari. 
aku takde option. 
aku diselubungi rasa bersalah sebab meninggalkan anak aku di sekolah baru. 
dan bile si pengkritik hebat mengkritik di media sosial - you make it even worst. 

tapi good things is - fieras pada awalnya memang menangis.
dia tak biasa. dia takut. 
dia cuma nak seorang je cikgu.
dan cikgu tu bukan cikgu dia pun. 
tapi bile balik sekolah - dia rajin bagitahu dia buat apa arini.
tunjuk yang cikgu lukis star kat tangan. 
dia makan apa.
siapa mandikan dia.
sebenarnya dia suka sekolah dia cuma dia tak selesa sebab dia seorang.
dia selalu akan cakap umi temanla. 
sungguh.
kalau aku surirumah - aku teman dia. (even nanti cikgu dia halau aku)

so setiap hari aku berdoa - Allah permudahkan urusan anak aku. ditenangkan hati dan diterangkan hatinya kat sekolah. 
takde apa yang lebih aku mintak selain dipermudahkan semuanya untuk anak aku. 
ini baru umur dia 4 tahun.
its still a long journey ahead.
dan kalau aku mengalah dengannya di umur 4 - mcm mana kemudian?

disebalik keseriusan aku bebel di atas - so far aku suka sekolah tu.
ade la weakness sikit-sikit tapi - if you look for perfection - sila ajar anak ko kat rumah.
hahaha.
dia bukan belajar yang serius belajar pun. aku tengok dia memain je. 
haha. kadang kadang tengok hi-5. 
balik rumah ajak aku menari hi-5. 
aku ok je layan.  
terkinja kinja kat umah. ape ade hal? (bukan peluk artis Kpop kan?)
aku cuma berdoa anak aku gembira. 
cukup. 

niat suci hati aku - bagi masa kat fieras at least 3 months.
kalau selepas 3 bulan pon gitu kekdahnya - maybe aku kene fikir cara lain.
sekolah lain.

jap. share pic fieras masa nak pergi school. 





Mohon kamu doakan baik baik untuk anak aku juga ya. :)